Pelakon watak popular Hayfa dalam drama bersiri Risik Pada Hati iaitu Ummi Nazeera sering mencuri tumpuan warganet di media sosial apabila dia juga aktif berkongsikan perkembangannya kepada peminat.
Terbaharu, Ummi Nazeera di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) juga sejak akhir-akhir ini penampilan selebriti terbabit begitu menarik tumpuan orang ramai apabila dia tampil sangat bergaya dengan pelbagai fesyen. Apatah lagi apabila bergaya bersama abangnya, Nazreem Musa.
Namun begitu, sekali lagi Ummi Nazeera tular menjadi tumpuan ribuan warganet selepas satu muat naik di platform TikTok menarik tumpuan mereka dengan penampilan pelakon popular ini yang tampil sangat cantik dengan gayanya juga dipuji tidak over malah tetap menaikkan keseriaannya ketika posing di acara tersebut.
Ummi Nazeera dilihat kali ini hadir untuk memberikan sokongan buat pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) disamping ditemani oleh suaminya, Dr. Izzar.
“Pastu dia pose je, hehe. Im in Rizman Ruzaini untuk KLFW 2022,” ujar Ummi Nazeera di ruangan kapsyen menerusi akaun TikTok miliknya dan dalam pada itu, gelagat suami Ummi Nazeera turut mencuri tumpuan peminat dan melalui ruangan komen pelakon jelita ini ditinggalkan ratusan reaksi ramai.
“Bodyguard follow je kat belakang”
“Suke betul…”
“Cantiklah umi”
“Yang penting doktor catwalk kat belakang”
Sumber: HCL