Macam Tak Percaya Dah Berusia 51 Tahun! Penampilan Terkini Fauziah Latiff Raih Perhatian Peminat

Penyanyi veteran tanah air Fauziah Latiff yang baru saja menginjak usia 51 tahun, mengucapkan terima kasih kepada kenalan, rakan artis dan peminat yang tidak putus-putus memberi ucapan hari lahir kepadanya di media sosial.

Fauziah Beri Ucapan Terima Kasih Dan Doa

Dek kerana banyak menerima kiriman dan ucapan sempena ulang tahun kelahirannya, wanita jelita ini meluahkan rasa terharu, terima kasih dan doa dengan memuatnaik hantaran di akaun Instagram nya baru-baru ini.

Foto – Instagram @fauziahlatiff

“Assalamualaikum kakak dan abang yang dikasihi.

Alhamdulillah dan syukur diatas segala pemberiannya. In Sha Allah untuk hari-hari yang seterusnya.

Terima kasih kepada semua yang mengenali, terima kasih banyak atas ucapan hari lahir.

Doa saya untuk anda semua juga, semoga sentiasa dirahm4ti dan sejahtera sentiasa. Ameen.

Seandainya ada salah dan silap di masa lalu ku, ku mohon kemaafan.

Terima kasih diatas segala persahabatan yang terjalin selama ini.

Alhamdulillah.

Love

LittleOne” luahnya

Rakan Industri Dan Peminat Tak Putus Beri Ucapan Hari Lahir

Melihat ucapan terima kasih dari pelatun lagu popular ‘Setia Ku Korbankan’ ini, membuatkan ramai rakan artis dan peminat tidak berhenti menitipkan ucapan selamat hari lahir di ruangan komen posting nya.

Foto – Instagram @fauziahlatiff

“Selamat hari lahir kak Jee” @alyah81

“Selamat hari lahir kak Gee” @wanikayrie

“Selamat hari lahir kak Gee!! It’s sagiiiiiii seasonnnnn” @kupu_kupu

“Happiest Birthday kak Gee!” @vanidah_imran

“Happy birthday kakak ku. Maaf sedikit lewat. Harap anda miliki hari yang indah. Sayang anda. Rindu anda @fauziahlatiff” @jaclyn_victor

“Selamat hari lahir Gee” @shahrezza61

Foto terkini Fauziah Latiff Tarik Perhatian Netizen :

KOMEN NETIZEN :

Sumber/Kredit :

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Tudung Sauk Nampak Mahal Dan Cantik”- Ummi Nazeera selamba pakai tudung ‘sauk’ tarik perhatian ramai

Nama pelakon, Ummi Nazeera sering menjadi sorotan ramai di media sosial kerana apabila dia berlakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *