[VIDEO] “Brsemutnya tngk..”- Mesra Di Konsert Coldplay, Daiyan Dan Aedy Jadi Bualan Netizen

Hubungan akrab dua pelakon, Daiyan Trisha dan Aedy Ashraf mencetuskan tanda tanya ramai apabila mereka dilihat hadir bersama ke konsert kumpulan terkenal, Coldplay di Stadium Wembley, London, England baru-baru ini.

Paling mencuri perhatian, perkongsian Instagram dua pelakon drama Project: Anchor SPM itu apabila mereka memuat naik foto mesra bersama sepanjang menonton konsert tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

Disebabkan perkongsian berkenaan, rata-rata netizen berteka-teki tentang hubungan mereka sehingga ada yang mendakwa kedua-duanya sedang bercinta.

“Bersemutnya tengok mereka berdua!” komen netizen teruja.

“Kahwin sajalah Daiyan dengan Aedy,” kata seorang lagi pengguna Instagram.

“Selepas ini, renjana dua pula bakal menyusul,” ujar seorang lagi netizen.

ANTARA komen netizen yang teruja melihat kemesraan Daiyan dan Aedy ketika menonton konsert Coldplay baru-baru ini.

Sementara itu, terdapat juga segelintir netizen yang menge.cam Aedy atau nama sebenarnya Mohammed Addy Ashraf Rosmadi, 28, kerana bercuti dengan wanita lain selepas dikatakan putus cinta dengan aktres Amelia Henderson baru-baru ini.

Bagaimanapun, Daiyan mahupun Aedy tidak membalas sebarang komen netizen yang kebanyakannya tertanya-tanya status hubungan mereka.

Difahamkan, Daiyan ‘terbang’ ke New York, Amerika Syarikat pada minggu lalu sempena pelancaran sebuah produk jenama popular sebelum ke London.

Sebelum ini, Aedy mengundang perhatian ramai apabila membuat lamaran terbuka kepada Amelia untuk disunting sebagai kekasih ketika sebuah festival makanan sekitar Mac lalu.

Bagaimanapun, pada akhir Julai lalu, Amelia dan Aedy seperti memberi bayangan hubungan cinta mereka sudah putus apabila masing-masing memuat naik ciapan seperti dalam emosi kesedihan dan kecewa.

Malah, Aedy juga turut memadam foto-fotonya bersama Amelia dalam akaun Instagramnya yang sebelum ini dimuat naik sepanjang mereka berlakon dalam sebuah drama pada tahun lalu.

Sehingga hari ini, walaupun gosip tentang hubungan cinta mereka masih bertebaran, pasangan drama Kisah Cinta Kita itu tidak mengesahkan mahupun menafikan semua spekulasi tersebut.

Sumber: KOSMO! ONLINE

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *