[VIDEO] “Cantik manis, berseri..”- Rindu Keluar TV, Penampilan Pertama Mira Filzah Selepas Bεrsalin Tarik Perhatian Netizen!

Pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah meluahkan rasa rindu untuk kembali bekerja setelah berehat beberapa bulan seusai melahirkan anak sulungnya sekitar Mei lalu.

Menerusi laman sosial Instagram, Mira berkongsi momen sewaktu diundang menjadi juri jemputan bagi program realiti Ceria Popstar Xtra yang merupakan penampilan pertamanya selepas berehat panjang.

“Lama tak muncul dekat pentas macam ni,” ujar Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 29.

Pada perkongsian tersebut, Mira kelihatan jelita dan manis mengenakan gaun labuh berona merah jambu dan mengenakan kasut but daripada warna krim.

Dalam pada itu, anak kelahiran Ipoh, Perak itu sempat mempamerkan bakatnya menari lagu dangdut sewaktu perarakan masuk ke pentas utama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIRA FILZAH (@mfmirafilzah)

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan wargamaya melahirkan rasa rindu untuk melihat wajah Mira di kaca televisyen.

Dalam pada itu, ramai yang turut menyambut baik kehadiran Mira kembali dalam merancakkan lagi industri seni tanah air.

“Wow finally hilang rindu tengok sis dalam TV. Tunggu drama macam lambat je,” ujar seorang wargamaya.

“Rindunya nak tengok Mira dekat TV. Cepatlah buat drama baru, rindu nak tengok Mira berlakon,” ujar seorang wargamaya.

“Saya standby depan TV hari ni. Ee rindu nak tengok awak,” kata seorang wargamaya.

“Bila si cantik manis duk atas pentas, terus berseri. Love you Mira,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 700,000 tontonan daripada warga Instagram.

Dalam program yang baru melabuhkan tirainya malam tadi, remaja berusia 17 tahun, Dinda Dania berjaya dinobatkan sebagai juara Ceria Popstar Xtra sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM20,000.

Selain Mira, antara selebriti lain yang dijemput menjadi juri adalah Haqiem Rusli dan Johan serta Mas Idayu menggalas tanggungjawab sebagai juri tetap.

Sana sini drama, bercinta pun penuh drama. Tak cukup lagi drama?

Dapatkan Pek Primary Astro hanya RM59.99/bln! Whatsapp “Nak Astro” ke 03-9543 3838

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *