Seperti yang sudah diketahui sejak beberapa hari lalu, bintang popular Billie Eilish datang ke Malaysia untuk menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil melalui konsert sulungnya sempena siri jelajah dunia, Happier Than Ever.
Walau bagaimanapun, sebelum dapat dilihat oleh peminatnya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 18 Ogos, malam ini, Billie Eilish membuatkan peminat teruja kerana dapat terserempak dengannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) lalu tular di media sosial.
Menjengah pula ke platform, TikTok nampaknya kehadiran Billie Eilish bermain gokart yang boleh drift di satu tempat ini menyebabkan ramai peminat ‘cemburu’ dengan seorang individu yang dipercayai pekerja di situ. Mana tidaknya, jika orang lain membayar tiket untuk melihat Billie Eilish di konsertnya namun sebaliknya pula berlaku kepada pemuda bertuah ini apabila Billie Eilish datang ke tempat kerjanya.
Melalui muat naiknya di TikTok menunjukkan Billie Eilish dengan sempoi bermain gokart yang membolehkan dia drift dengan selambanya di situ. Melihatkan penyanyi popular ini meluangkan masa disana bagaimanapun membuatkan peminat turut sama gembira.
Muat naik pemuda bernama, kyll_lee13 di akaun TikTok miliknya itu telah ditinggalkan ribuan reaksi oleh warganet disamping video dikongsikan itu ditonton ribuan kali.
“Kalah la yang beli ticket konsert dia”
“Dah lah you win this time”
“Kenapa dia nampak santai je…”
“Untungnya…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.