Nampak Mewah dan Classy, Geram Tengok Dekorasi Rumah Jep Sepahtu & Sari Yanti

Setiap orang mempunyai rumah idaman dengan dekorasi yang memenuhi citarasa masing-masing. Tidak kira lah kediaman kecil atau besar, jika pandai susun atur dan hiaskannya, mesti nampak cantik dan mewah. Pelbagai trik digunakan dalam pemilihan perabot, pemilihan warna tema, aksesori dan juga susunan untuk pastikan kediaman tampil lebih selesa.

Contohnya seperti rumah pasangan popular yang baru saja dikurniakan cahaya mata comel Jep Sepahtu dan Sari Yanti. Pandai Jep dan Sari Yanti memilih dekorasi rumah yang nampak elegan, mewah, classy dan up to date! Cuba tengok ni.

Dekorasi ruang tamu atau ruang santai yang sangat ekslusif. Perabot yang minimalis dan susunan yang sesuai membuatkan ruang ini nampak luas dan tidak nampak padat. Kerusi berwarna emerald green itu juga menonjolkan elemen mewah dan classy kepada ruang ini. Langsir yang dipasang pada kedudukan tinggi atau full height memberi ilusi ruang yang tinggi.

Ruang makan yang nampak simple tapi sedap mata memandang. Cahaya lampu memberikan peranan yang amat penting di ruang makan. Selain cermin, lampu juga membantu memberikan kesan terang dan luas. Sesuai sangat pendant lamp yang Jep dan Sari Yanti kenakan di ruang makan ini.

Tumbuhan yang terdapat di reading corner rumah pasangan ini memberi natural feel di hujung sudut rumah. Tengok saja baby girl Jep tu, sampai boleh tidur lena. Meja sisi dan hiasan yang digunakan juga nampak elegant dengan sedikit sentuhan retro. Hiasan dinding juga menambah seri untuk ruang ini.

Haa, macam mana? Cantik kan? Mana tahu dekorasi kediaman Jep Sepahtu dan Sari Yanti ni anda boleh jadikan sebagai sumber inspirasi untuk menghias kediaman anda supaya nampak lebih segar? Apa salahnya kalau tukar perabot sekali-sekala, betul tak?

Sumber: instagram Jep Sepahtu & Sari Yanti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://www.nona.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *