Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim, dua selebriti yang cukup berbakat dalam bidang lakonan. Kemunculan mereka di televisyen mahu pun panggung wayang pastinya peminat akan menyerbu untuk menyaksikan lakonan kedua-dua pelakon ini.
Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim sedang berbual santai berhampiran kedai makan bersama beberapa lelaki telah mencuri perhatian ramai.
Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun adilroti.Selain dari dua pelakon tersebut, turut kelihatan keluarga mereka. Apa yang membuatkan ramai tertarik adalah Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim melayan penduduk tempatan dengan cukup mesra.
Langsung tidak sombong dan itulah perangai sebenar kedua-dua pelakon ini yang membuatkan ramai memuji. Berikut adalah perkongsian rakaman dua pelakon hebat mesra melayan orang ramai:
Tabiklah dengan mereka ini! Biarpun nama sudah agak kukuh dan lama dalam industri hiburan namuan tetap merendah diri. Perangai sebegini memang harus dipuji.
Difahamkan rakaman ini diambil ketika mereka berada di Terengganu. Apa-apa pun perkongsian rakaman dengan paparan dua pelakon tidak sombong ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 24 ribu likes.
Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji sifat tidak sombong mereka ini. Berikut antaranya:
“Bersih imej dorang. Terbaik”
“Pelakon yang semua watak menjadi. Saya minat Beto”
“Minat diaorang dari zaman Juvana lagi”
“Dorang ni memang berkawan dari dulu ye..Tak pernah berpecah. Sorang lagi takde..Azhan Rani”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: HCL
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.