“Baik je dato ct sound..” (Video) Siti Nurhaliza Titip Pesanan Bt Org Ramai Isu Penggunaan Wajahnya & Suami Utk Iklan Pεnipuan

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil menitipkan pesanan buat pihak tidak bertanggungjawab yang masih menggunakan wajahnya dan suami, Datuk Seri Khalid dalam iklan perniagaan, pela.buran tanpa kebenaran.

“Ada Yang Guna Video Saya Untuk Orang Meneka Nombor…”

Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Siti Nurhaliza atau lebih  mesra disapa sebagai Tok Ti mengatakan bahawa dia sudah banyak kali berpe.san kepada pengguna media sosial mengenai penipuan yang berlaku di media sosial oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Macam-macam tau, ada yang gunakan video saya untuk orang meneka nombor dan dijanjikan hadiah wang tunai, ada pula iklan shampoo yang katanya digunakan oleh suami saya (sedangkan menggunakan gambar saya sewaktu balik umrah dan botak) dan ada juga gambar suami saya dengan iklan pelaburan, artikel-artikel yang tak masuk akal dan sebagainya.”-Tulis Tok Ti

Beri Kese.daran Orang Agar Tidak Mudah Terpedaya

Tambahnya lagi, Siti menitipkan harapan agar penjelasannya itu akan memberikan kesedaran terhadap orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan penipuan tersebut.

“Saya sangat berharap agar video penjelasan saya ini dapat dikongsi dan akan memberikan kese.daran supaya kita tidak terpedaya.

Tidak semudah itu mereka mahu memberikan wang tunai, jika mereka jujur, mengapa mereka menggunakan video saya? Bukankan dari sini kita sudah tahu muslihat mereka untuk memperdaya orang ramai.”-Pesan TokTi

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Terdahulu, Murai MY pernah melaporkan mengenai Siti Nurhaliza yang menceritakan para peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan wajahnya dan suami dalam iklan perniagaan serta testimoni tanpa kebenaran. Tok Ti turut meminta peniaga yang dimaksudkan agar tidak mengambil kesempatan atas orang lain.

Sumber: Muraimy

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *