[Video] Dianggap ‘diperlakukan seperti l3mbu’… Kak Long 7E minta netizen henti sal4hkan Aliff Syukri, Baby Shima

GARA-gara melakukan aksi yang dianggap tidak wajar, nama individu yang pernah tular kerana insiden amukan di kedai serbaneka 7-Eleven, Kak Long kembali menjadi bahan kec4man netizen.

Malah, dua selebriti yang turut bersama Kak Long iaitu usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri dan penyanyi, Baby Shima turut terpalit sama menerusi video gandingan mereka bertiga yang dikongsi di media sosial.

Susulan pelbagai tohmahan yang dilemparkan, Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura menerusi video berdurasi satu minit dan 27 saat membuat pengakuan bahawa dirinya tidak dibayar atau diupah untuk beraksi sedemikian.

“Kepada netizen-netizen yang berkata burvk kepada saya. Datuk (Aliff) sebenarnya tak ada ambil saya, upah apa pun.

“Yang terjadi tu adalah kehendak saya sendiri, saya yang buat sendiri,” katanya menerusi satu video yang dimuat naik di laman sosial miliknya, petang Isnin.

Menerusi video berdurasi 21 saat, aksi Kak Long dianggap sebagai ‘diperlakukan seperti l2mbu’ oleh netizen.

Video tersebut menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang kesal melihat Aliff seakan menarik Kak Long yang ‘ditunggang’ oleh Baby Shima yang duduk di atas belakangnya, seperti menunggang l3mbu atau kuda.

Aksi Kak Long ‘diperlakukan seperti l3mbu’ menjadi perhatian netizen.

Sehubungan itu, Kak Long meminta semua pihak supaya berhenti menyalahkan Aliff dan Baby Shima.

“Cukup salahkan datuk, cukup salahkan Baby Shima. Sebab ini bukan kehendak datuk, tapi adalah kehendak saya sendiri… saya yang rela hati buat sendiri.

“Buat apa awak nak marah-marah datuk? Awak tak fikir ke perasaan orang apabila awak memf1tnah saya begitu.

Tak ada orang paksa, saya dengan rela hati.

KAK LONG

“Okay selepas ni, kalau awak nak saya berubah jadi baik, awak pun perlu komen saya yang baik-baik. Cukup salahkan orang, datuk tak bayar saya apa pun untuk saya buat video ni.

“Untuk saya buat video dengan Baby Shima yang saya jadi begitu… tak ada orang paksa, saya dengan rela hati,” tegasnya.

Kak Long mendakwa dirinya tidak dibayar melakukan aksi sed3mikian.

Menurut Kak Long, dia mahu menjalani kehidupan normal seperti orang lain.

“Saya nak hidup normal. Kalau awak cakap baik-baik dengan saya, Alhamdulillah.

“Kalau awak nak bersangka burvk dengan saya, awak fikirlah sendiri.

“Datuk tak ada kata apa-apa pada saya, tidak pun saya jadi begitu. Sebabnya ia adalah kehendak saya dengan rela hati,” tambahnya.

Malah, Kak Long turut meminta semua pihak berhenti melontarkan tohmahan kepada dirinya, termasuk Aliff dan Baby Shima.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *