[VIDEO] “Waww, tahniah dh jadi..”- Aizat, Elyssa Selamat Bernikah Dgn Sekali lafaz. Dedah Tempat Percutian

Dengan sekali lafaz, penyanyi Aizat Amdan, 33, sah bergelar suami kepada pengurusnya iaitu Elyssa Alia Ilias, 34, dalam sebuah majlis yang diadakan di A-Park, Puchong, Selangor, sebentar tadi.

VIDEO PALING BAWAH:

Pasangan itu dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel Bersara, Ilias Moideen dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd. Shahlan sekitar pukul 9.17 pagi tadi.

Majlis yang berlangsung sederhana tersebut menyaksikan Aizat atau nama sebenarnya Muhammad Aizat Amdan menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300, manakala dulang hantaran pula tiga berbalas lima.

Bagaimanapun, pasangan itu memutuskan untuk merahsiakan mengenai jumlah wang hantaran.

Aizat yang popular dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu itu bersyukur majlis dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan terbaik buat dirinya.

“Buat keluarga, rakan media dan semua, saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua orang yang tolong menjayakan majlis. Syukur cuaca hari ini baik.

“Kerana malam semalam h.ujan leba.t dan dalam perjalanan ke ses.i latihan semalam, tayar kereta saya pa.ncit. Tak pernah terjadi sebelum ini.

“Alhamdulillah, ini satu permulaan baharu buat kami. Memang ini fasa baharu unutuk kami sekarang dan saya tak boleh fikir diri saya saja untuk perancangan selepas ini. Contohnya saya kena minta nasihat dan pandangan isteri juga untuk perjalanan seni saya selepas ini,” katanya kepada Kosmo! Online.

Aizat dan isteri mengharapkan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir ha.yat.

“Harapan saya menerusi perkahwinan ini adalah kami akan bertanggungjawab antara satu sama lain sampai ke hari tua.

“Dan saya juga berharap kami dapat bina sebuah rumah tangga yang sihat dari segi agama dan sebagainya, bersyukur majlis berjalan lancar,” katanya lagi.

Tambah Aizat, mereka akan ke Mexico selepas selesai kerja di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).

“Kami sebenarnya ada lokasi impian iaitu Tulum, Mexico. Jadi ketika saya ke Los Angeles untuk bekerja nanti, kami akan ke sana insya-Allah. Saya akan ke Los Angeles sekitar November nanti, insya-Allah. Rasanya sebulan kami akan ke sana,” katanya.

Sementara itu, Elyssa berkata, Tulum menjadi pilihannya kerana dia sukakan kawasan tepi pantai yang tenang dan santai.

“Impian saya adalah untuk ada vila dan sekolah menyelam. Jadi tempat itu adalah lokasi tepat untuk memulakan idea itu. Saya sukakan tepi pantai kerana ketenangannya dan saya tak suka bandar.

“Kami juga tak nak fikir jangka panjang masa pendek untuk satu kerja saya. Kami mahu cuba teroka pekerjaan yang berbeza tapi kami masih sayangkan Malaysia. Mana boleh tiada sambal belacan,” katanya.

Terdahulu, Aizat dan Elyssa memberitahu kepada media sudah menjalinkan hubungan cinta sejak tiga tahun lalu.

Mereka tidak mengikat tali pertunangan namun mengadakan majlis merisik yang diadakan Februari lalu.

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: KOSMO! ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Alhamdulilah, Mak Nak Awal, Saya Langsungkan Majlis Pada..”- Tahniah Shuib Umum Berita Gembira

PELAWAK dan penyampai radio Suria FM Shuib menyifatkan kehadiran ahli perniagaan Watie Hanifiah dalam hidupnya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *