Usahawan terkenal Noor Neelofa terkenal dengan sikapnya yang suka mencari dan mendalami ilmu. Justeru, tidak hairan, Neelofa sering mengadakan majlis ilmu yang dihadiri ahli agama dan rakan-rakan industri seni.
Baru-baru ini, Neelofa, 33, menganjurkan sebuah majlis Hijrah Cinta Bersama Rakan Selebriti yang diadakan di Neo Event Hall, Damansara, pada Jumaat.
Menerusi Instagram Stories, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi foto dan video momen sepanjang acara berlangsung.
Dalam hantaran berbeza, bekas hos MeleTOP ini menyatakan ramai lagi rakan artis yang ingin sertai majlis agama tersebut.
Majlis ilmu yang diadakan khas buat rakan-rakan artis yang dahagakan ilmu agama dengan izin Allah. Alhamdulillah syukur.
Ramai lagi rakan artis yang ingin hadir, insya-Allah majlis yang akan datang.
Antara barisan selebriti yang hadir adalah Izara Aishah, Wan Sharmila, Ika Nabella, Diana Rafar, Linda Rafar, Zulin Aziz, Shima Anuar, Kaka Azraff, Bella Astillah, Anita Baharom dan Adriana Adnan.
Sementara itu, menerusi hantaran di TikTok @hijabsbytruelove, rata-rata warganet memuji dengan sikap pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot yang sentiasa berusaha mendekatkan diri biarpun diuji dengan pelbagai ujian.
Di samping itu, ada juga peminat yang ingin menjadikan Neelofa sebagai insan yang patut dicontohi selain berharap agar dapat peluang untuk sama-sama kumpul ilmu.
Sumber: TikTok @hijabsbytruelove
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: OB
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.