[VIDEO] “Kan Manis Macam Ni…” – Eyka Farhana Bertudung, Netizen Kata Iras Fazura, Amyra Rosli

Keayuan wajah pelakon Eyka Farhana mencuri tumpuan wargamaya apabila video dia mengenakan tudung tular di laman TikTok baru-baru ini.

Menerusi akaun TikTok miliknya, Eyka Farhana atau nama asalnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, sekadar melalukan konten TikTok sambil bertudung ketika di set penggambaran sebuah drama.

Pada video yang berdurasi kurang 15 saat itu, Eyka mengenakan tudung jenis bawal bewarna merah jambu sambil melakukan lip sync (pergerakan bibir) lagu berjudul Rimas.

Sementara itu, wargamaya yang singgah ke ruangan balas menyamakan wajah Eyka bertudung dengan beberapa selebriti wanita lain.

“Eh pakai tudung muka iras Amyra Rosli.

“Fazura masa sekolah rendah.

“Boleh berlakon watak adik beradik dengan Puteri Sarah, memang ada iras-iras.

https://youtu.be/bUmEzBBBvg4

“Lah ingat Agnes Monica versi Malaysia,” antara komen yang ditinggalkan.

Video yang dikongsi Eyka telah menerima lebih 700 ribu tontonan dan 70 ribu tanda suka.

Dalam pada itu, wargamaya turut memuji penampilan manis Eyka dan mendoakan pelakon itu untuk terus istiqomah mengenakan tudung.

“Kan cantik manis macam ini, Allah pun sayang.

“Masyallah, cantik sangat Eyka, semoga istiqomah.

“Cantiknya awak bertudung, semoga terus begini,” antara komen wargamaya

Sumber: Gempak

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *