“klau bleh nk brsalin..”- Bakal Bersalin Lagi Seminggu, Uyaina Arshad Dinasihat Jangan Keluar

Aktres dan pengacara yang kini sedang sarat ha.mil, Uyaina Arshad melua.hkan hasrat untuk bersalin secara normal.

Menurut Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 30, persediaannya menjelang beberapa hari lagi sebelum melahirkan bayi sudah hampir cukup dan mendoakan agar semuanya dipermudahkan.

“Due date saya dalam bulan September tapi untuk sekarang ni saya dah 36 minggu, doktor pesan minggu ke-37 tu kalau boleh jangan ke mana-mana dah.

“Saya kalau boleh berdoa memang nak bersalin secara normal, tapi mungkin nanti perlukan epidural la kot. Insyallah dalam masa terdekat ni juga saya akan buat baby shower dan majlis doa selamat di mana kita akan kongsikan jan.tina bayi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Persediaan sekarang, saya dah Syahiran memang ternanti-nanti kelahiran bayi ni. Boleh dikatakan dari segi barangan keperluan, rumah, hos.pital dan tempoh berpantang semua, 90 peratus sudah disediakan. Saya memilih bersalin di Shah Alam. Tapi mental tu macam agak ta.kut jugak la,” ujarnya kepada Gempak.

Uyaina ditemui sewaktu menjadi pengacara jemputan bagi program MeleTOP yang bersiaran secara langsung di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.

Tambah Juara Puteri Muslimah Asia tahun 2018 itu lagi, dia dan suami juga sudah memilih nama yang sesuai untuk diberikan pada anak yang dikandungnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

“Saya dan Syahiran masih belum pasti untuk nama yang akan diberikan kepada cahaya mata kami nanti sebab sekarang saya ada cadangan nama yang saya nak, Syahiran pun ada beri pilihan nama yang dia nak.

“Tapi rasa.nya kami dah jumpa satu nama yang akan dipilih untuk anak kami. Saya bergurau dengan Syahiran, nama Raja tu memang kena ada pada nama depan anak, jadi nama belakang tu bagilah saya yang pilih, hahaha.

“Kitorang memang suka pilih-pilih nama sebab selagi belum keluar tu kan tapi apa-apa pun, kami dah jumpa nama yang sesuai,” jelasnya lagi.

Sekadar info, Uyaina dan suami, Raja Syahiran, 29, melangsungkan pernikahan di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UA (@uyainaarshad)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: gEMNPAK

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

Rakam Kaki Terketar, Ramai Tertanya-Tanya Waris Perli Siapa?, “Anxiety Tidak Dibenarkan Di Sini…”

Penyanyi rap Muzzammil Bin Alias atau lebih dikenali sebagai Waris mengundang kontroversi apabila memuat naik …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *