‘Otai’ Raja Lawak bertemu buat peminat nangis, “Weh legend gilaa…”

Tentu ramai yang masih ingat dengan sebuah rancangan yang mencetuskan fenomena dalam dunia lawak tanah air berjudul Raja Lawak Astro yang bermula dengan musim pertama pada tahun 2007 dimana disaat itu merupakan zaman kegemilangan Zizan Razak dan Johan.

Ahmad sebagai juara manakala di tahun 2009, kemenangan berpihak kepada kumpulan Sepah yang juga dianggotai oleh Jep di musim ketiga. Walau bagaimanapun, terbaharu pertemuan mereka membuatkan peminat begitu teruja.

Umum diketahui, Jep Sepahtu, Zizan Razak dan Nabil Ahmad sudah berjaya mengorak langkah bertahun-tahun lamanya sebagai anak seni yang berjaya. Nama mereka juga sentiasa diingati apabila ketiga-tiganya kini semakin berjaya dalam dunia masing-masing.

Zizan Razak sebagai pelakon, Jep Sepahtu pelawak yang sentiasa menghiburkan penonton manakala Nabil Ahmad semakin disukai sebagai penyampai radio dan pengacara tv. Namun begitu, ketiga pelawak terkenal itu mengundang ramai tertarik dengan satu rakaman video yang memaparkan pertemuan mereka.

@era.je Meriah gila breakfast pagi ni, rasa macam dekat hotel. Nasib baik tak boleh bawa kambing golek yang kat mesin tu, kalau tak dah buat kat depan studio ni. 😂 #sharERA #3PagiERA #fyp ♬ original sound – ERA

Sehinggakan pertemuan mereka yang digelar sebagai otai Raja Lawak itu mencetuskan ramai menggamit memori disaat muncul di rancangan lawak tersebut dengan bakat masing-masing.

Manakala diruangan komen, otai Raja Lawak tersebut mendapat pelbagai reaksi teruja peminat kerana suka melihat mereka dalam satu rakaman video lagi.

“Wehhh, ni syok giler. Zizan, Jep dan Nabil”

“Meriah betul”

“Otai raja lawak…”

“Ajak lah join sekali Sepahtu Reunion, pasti gempak legend comeback”

 

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *