“Kalau Ada Rezeki..Kami Terima,” – Bercakap Soal Anak, Puteri Aishah Ded4h Sebab Jarang Kongsi Tentang Suami Di Medsos

Pelakon, Puteri Aishah mended4hkan dia dan suami sebolehnya mahu mempersiapkan diri dalam segala aspek terlebih dahulu sebelum menimang cahaya mata pertama.

Menurut Puteri Aishah, dia dan suami tiada membuat sebarang perancangan sebaliknya, mereka percaya dengan aturan Allah SWT.

“Bercakap soal zuriat, buat masa sekarang, belum lagi. Kami pun tidak merancang. Kalau ada rezeki, kami terima. Saya pun tidaklah terlalu memikirkan sangat mengenai perkara ini.

“Bagaimanapun, sudah tentu saya dan suami mahu pastikan kami sudah betul betul stabil dalam segala aspek kerana anak ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. Jadi, kami harus bersedia dari segi kewangan dan lain-lain.

“Sebagai ibu bapa, kami ingin memberikan yang terbaik buat anak kami,” katanya kepada MH.

Bintang kelahiran program Dewi Remaja 2013/14 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Demi yang berlangsung di ibukota baru-baru ini.

Ketika ditanya mengapa dia jarang berkongsi perihal suaminya di media sosial, Puteri Aishah menjelas suaminya itu seorang yang sukakan privasi.

“Dia seorang yang sukakan privacy. kadang-kadang tu, kalau saya muat naik gambar dia, dia minta saya padam. Dia tak suka sangat perkara-perkara macam tu dan bukan aktif sangat pun di media sosial.

“Kalau anda follow dia sekalipun, gambar terakhir yang dia muat naik adalah ketika kami berkahwin. Kalau sebelum itu pula pada 2018. Dia memang tak update pun di platform media sosial.

“Kalau jumpa depan-depan dia seorang yang peramah cuma di media sosial sahaja dia tak aktif,” ulasnya.

Dalam pada itu, Puteri Aishah turut mendedahkan momen lucu apabila suaminya itu dikatakan pernah dimarahi pengguna media sosial hanya kerana tidak membenarkannya untuk mengikuti suaminya itu di akaun Instagram.

“Akaun media sosial dia memang private. Semasa kami bernikah, dia tinggalkan telefon di hotel. Balik je ke bilik, dia tengok telefon dia mati. Dia ingatkan rosak, rupanya notification masuk banyak sangat.

“Bila hidupkan balik telefon, dia terkejut sebab ramai yang request untuk follow. Dia pun jadi pelik.

“Sampai sekarang, kalau dia buka inbox, dia dapat banyak mesej yang paksa dia untuk approve orang yang follow dia di media sosial. Saya cakap kepada dia, itu perkara biasa.

“Dia juga ada dapat dm yang sampai nak marah ‘Boleh approve tak? Susah sangat ke nak approve?’. Saya jadi tergelak tengok reaksi dia,” akhirinya.

Terdahulu, Demi merupakan semua drama yang diadaptasi daripada novel yang menampilkan Puteri Aishah selaku tunjang utama.

Drama ini menceritakan kehidupan pahit dan perjuangan seorang isteri bernama Suraya dalam menjalani kehidupan berumah tangga bersama lelaki kacukan Melayu-Scotland.

Drama sarat emosi ini akan ditayangkan bermula 10 Ogos ini dirangkaian saluran TV Okey.

Selain Puteri Aishah, Demi turut dibintangi pelakon-pelakon hebat tanah air antaranya Keith Foo, Ashraf Muslim dan Riz Amin.

Sumber: Media Hiburan

About admin blog

Check Also

“Semoga Istiqomah kak Emma.”- Emma Maembong Kongsi Momen Di Mekah, Ramai Yang Titip Doa Agar Emma Tutup Aurat?

Umum mengetahui pelakon, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *