“Saya Rasa Azal Pun Dah Reda Soal Jodoh Ni” – Zarina Zainuddin

Pelakon dan usahawan pulut kuning, Zarina Zainuddin menerima banyak tegvran dari warganet berikutan adegan ‘lamaran’ yang dilakukan anaknya Azal kepada pelakon muda, Neera Azizi semasa di set penggambaran untuk drama Bukan Lelaki Terhebat.

Pasrah Soal Jodoh

Meski telah memberi penjelasan ringkas di Instagramnya berkenaan isu yang tular itu sebelum ini, namun masih ada warganet yang tetap mempersoalkannya. Hari ini, Zarina tampil sekali lagi memberi penjelasan dari lubuk hati seorang ibu.


“Terima kasih ambil berat anak saya Azal dan Azil.. Saya sebagai mak pada anak autisme sederhana, saya tahu sejauh mana nak pergi. Mana yang boleh, mana yang tidak. Sebab hari-hari saya dengan dia, saya ajar dia berdikari.

Saya rasa Azal pun dah redha soal jodoh ni, dia tahu diri dia macam mana. Selalu dia cakap, anggap macam adik dan abang atau adik dan kakak. Soal jodoh pertemuaan Allah dah tetapkan.” Coretnya

Lebih Kenal Azal Macam Mana

Tidak mahu tenggelam dalam lautan komen negatif masyarakat, Zarina dengan tegas menjelaskan bahawa dia lebih tahu dan mengenali anaknya sendiri. Malah Zarina tidak pernah berhenti mendidik anak istimewanya itu untuk menjalani kehidupan yang normal.

“Azal pun saya siapkan dirinya untuk lebih berjaya dalam hidup. InsyaAllah. Terima kasih atas komen dan ingatan. Ada yang marah saya, menegur saya pun terima kasih banyak-banyak. Dari teguran itu saya perbaiki kesilapan saya.

Cuma saya nak bagitahu, saya lebih kenal anak saya dan aut1sme ini luas takkan ada yang sama antara satu dengan lain. Saya ada cara saya mendidik anak saya mengikut situasi sekeliling.

Anak saya Azal bukan 100% normal tapi saya akan melatih dia sekurang-kurangnya 80% normal dan menjalani kehidupan yang sihat m3ntal dan fizikal.” Jelasnya

Peminat Titip Kata Semangat

Penjelasan yang dikongsikan Zarina ini mendapat banyak titipan kata-kata semangat dari peminatnya diruangan komen, rata-rata mereka mendoakan agar pelakon ini kekal kuat, tabah dan berpesan agar tidak terlalu ambil peduli tentang komen negatif masyarakat.


“Kak Ina seorang yang kuat dan tabah.. Anak syurga amat istimewa.. Jangan peduli cakap orang-orang yang tak faham..”

“Semangat ibu, tetaplah menjadi ibu hebat yang selalu memberi inspirasi.”

“Semangat bunda dan selalu sabar dengan komen-komen yang tak mengenakan hati bunda. Bunda adalah ibu yang sangat hebat.” Komen peminat

“Abaikan je kak, lagipun anak-anak akak. Akak sebagai ibu lebih tahu mereka macam mana. Netizen zaman sekarang semua benda nak masuk campur dan komen.”

“Kak Ina, mama yang sungguh hebat. Hanya orang yang terpilih, yang Allah berikan anak syurga macam Azal dan Azil bagi kak Ina.”

“Banyak aktor hollywood autisme, relaks ja tak perlu beri penjelasan.” Komen mereka

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Terdahulu, Murai MY melaporkan ibu kepada anak istimewa ini ditegur warganet di media sosial gara-gara aksi lamaran anak lelakinya, Azal melamar Neera Azizi di set penggambaran.

Sumber: Murai MY

About admin blog

Check Also

“klau bleh nk brsalin..”- Bakal Bersalin Lagi Seminggu, Uyaina Arshad Dinasihat Jangan Keluar

Aktres dan pengacara yang kini sedang sarat ha.mil, Uyaina Arshad melua.hkan hasrat untuk bersalin secara …

Leave a Reply

Your email address will not be published.