“kini Kembali Bergelar Isteri” – Nurul Izzah Mendirikan Rumah Tangga Dengan Yin Shao Loong..

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang penyelidik daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong.

Menerusi hantarannya di Facebook sebentar tadi, Nurul Izzah berkongsi perkhabaran gembira itu kepada pengikutnya.

“Pada petang 5 Ogos 2022, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

“Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT,” katanya.

Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim itu bercerai dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada 2015.

Yin pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif badan pemikir PKR, Institut Rakyat yang diketuai oleh Nurul Izzah.

Kredit foto: Pinography

Sumber:GEMPAK

About admin blog

Check Also

“Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikr1tik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Baru-baru ini, nama doktor pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri menjadi perbualan h3ngat selepas kenyataannya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.