Baru Je Umum Bercεrai, Perkngsian Terbaru Dari Mizz Nina Kali Ni Raih Perhatian Netizen

Di sebalik ujian rumah tangga yang kini sedang bertiup kencang, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 42, sempat mengemaskini akaun Instagramnya.

Biarpun status dimuat naik sekadar mengungkap semula kata-kata pendakwah terkemuka, Mufti Ismail Menk, namun, perkongsian dibuat Mizz Nina atau nama sebenarnya, Shazrina Azman itu dihujani komen positif peminat agar tabah dengan dugaan rumah tangga yang dihadapinya.

Menerusi perkongsian dibuat penyanyi lagu What You Waiting For dan Takeover itu mengungkap semula hantaran intipatinya berbentuk peringatan.

“Belajarlah mendoakan orang lain. Ingatlah, ganjaran mendoakan orang lain adalah sesuatu yang luar biasa.

“Jika mendoakan orang lain, perkara baik akan datang kepada kita. Allah akan membantu mereka yang sibuk membantu orang lain.

“Jadi, janganlah kedut, mulalah melakukannya,” tulis perkongsian berkenaan.

Sementara itu, bukan sahaja peminat, malah, statusnya turut mendapat perhatian rakan selebriti.

Antara selebriti meninggalkan komen termasuklah pengacara Ahmad Fedtri Yahya yang berkongsi sepotong ayat al-Quran, manakala pelakon Mira Filzah pula meninggalkan emoji sayang pada ruangan komen.

Beberapa selebriti lain seperti Datin Lisa Surihani, Liyana Jasmay dan Alif Satar meninggalkan tanda suka pada hantaran berkenaan.

Hantaran dimuat naik Mizz Nina sebentar tadi mendapat hampir 48,000 tanda suka dan 1,200 komen.

Mizz Nina muat naik kata-kata pendakwah terkemuka, Mufti Ismail Menk intipatinya berbentuk peringatan. – Foto IG Mizz Nina

KOMEN RAKAN ARTIS TERMASUK FAZURA

Berita kemelut rumah tangga Mizz Nina dan Noh mula kecoh sejak 13 Julai lalu. Bagaimanapun, Noh menafikan g0sip keretakan rumah tangga yang dibina selama 11 tahun.

Terdahulu, Noh dan Mizz Nina dikatakan sudah bercer4i tal4k satu di Mahk4mah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dulu memfailkan percer4ian pada 14 Jun lalu di mahk4mah sama.

Difahamkan, percer4ian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz tal4k dengan kebenaran mahk4mah.

Noh, Mizz Nina berpisah cara baik

“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.

Menurut Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan, dia dan Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.

“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.

“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.

“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.

Dalam masa sama, Noh berkata, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.

“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.

“Saya amat menghargai kalian yang menghorm4ti privasi kami berdua,” katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan pasangan ini sah bercer4i talak satu di Mahk4mah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, di sini, semalam.

Sumber Harian Metro berkata, pasangan itu terlebih dahulu memfailkan percer4ian pada 14 Jun di mahk4mah sama.

Difahamkan percer4ian mereka di bawah kod kes 055 iaitu permohonan lafaz talak dengan kebenaran m4hkamah.

Sebelumnya, akhbar ini melaporkan Noh menafikan mengenai desas-desus keretakan rumah tangganya yang bertebaran di media sosial pada 13 Julai lalu.

“Entahlah.. tiada komen. Korang semua kena tipu… good luck (selamat berjaya),” katanya ketika ditemui media.

Kemudian, beberapa hari selepas itu Mizz Nina, 42, atau nama sebenarnya Shazrina Azman memuat naik hantaran di Instagram yang seolah-olah memberi bayangan dia sedang melalui saat-saat sukar hingga mengundang pelbagai reaksi netizen.

Lagi perkongsian di IG Story milik Mizz Nina

Dalam pada itu, ramai dari netizan terus menerus memberi sokongan moral kepada Mizz Nina

“Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.

“Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.

“Kebanyakan perempuan bila bercer4i, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap secara terbuka.

“Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati.

“Tetap berterima kasih pada bekas suami. Tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.

“Dalam post yang lain tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Setiap satu ujian sentiasa ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya.

Indeed.

May you grow strong.

-Kongsian Siti Suryani Yaakop

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011. Sekitar April lalu, pasangan itu memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

Mizz Nina tetap bahagia dan tersenyum dengan kehidupan baharunya namun inilah ujian dunia. Tiada yang kekal.
Semoga Musa menjadi anak yang soleh dan Mizz Nina terus tabah bergelar seorang ibu. Insyaallah

kredit: hmetro

Sumber/ Kredit :

Diolah oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “6 Tahun Dulu..”- Isυ Pakaian Menjo̞lok Mata Riena Diana Dikecαm?, Sekali Tuan Badan Tampil Buka Mulut!

Pelakon yang cukup terkenal dengan karakter Lailer dalam Kampung People, Riena Diana baru-baru ini menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *