Pemuda dikenali sebagai Ryan Bakery merupakan satu nama personaliti media sosial yang kini begitu hangat mendapat perhatian tidak hanya di platform TikTok malah kini dia menjadi tumpuan di kaca televisyen.
Malah selepas ramai peminat Ryan Bakery melihatnya bergandingan dengan Shuib Sepahtu bagi perniagaan BubbleBee, ternyata netizen juga inginkan dia bertemu dengan pelawak terkenal, Jep Sepahtu. Nampaknya pada malam tadi, permintaan tersebut direalisasikan dengan Ryan Bakery menjadi tetamu jemputan rancangan Sepahtu Reunion Live.
Sebelum bersiaran di rancangan Sepahtu Reunion Live pada malam tadi pula, Jep Sepahtu diruangan Instagram peribadinya diserbu ribuan peminat dan pengikut di platform tersebut apabila dia membuat live.
Ditonton ribuan peminat dan pengikut, Jep Sepahtu menghiburkan mereka dengan punchline tidak disangka-sangka. Buat yang masih ingat, Ryan Bakery pernah menerima gift di TikTok berbentuk lion oleh pemilik akaun Sultan Pemurah. Namun begitu, melihatkan gelagat Jep yang jarang tidak kelakar ini mencetuskan gelagat mereka di rehearsal tular.
https://youtu.be/2NIDO0JQY9Y
Rakaman video yang telah ‘ditangkap’ oleh pemilik akaun bernama, Novello00 tersebut memaparkan Jep yang seronok dapat singa namun dalam pada itu, gelagatnya juga melayani Ryan Bakery seperti rakan lamanya itu turut mencetuskan netizen terhibur
“Hahaha kelakor tau…”
“Jep ni lawak spontan”
“Dia kasi punchline”
“Jep ni memang lawak gila”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sumber:HCL