Keluarga Ryan Bakery Sentiasa Support, “The One Yang Tak Naik Sorang2”

Nama yang paling hangat diperkatakan hari ini, Ryan Bakery. Kemunculannya menjadi seakan satu fenomena luarbiasa sekali. Namun lelaki dari Perak ini masih menjadi dirinya yang sebenar.

Merendah diri, kelakar dan sentiasa menghormati orang lain. Menggunakan platform TikTok untuk berkongsikan video dan ideanya, Ryan Bakery adalah salah seorang TikTokers yang berjaya hari ini.

Trademark Ryan Bakery yang memakai bedak capuk satu muka dan riak wajahnya yang kelakar menjadikan pemuda ini cukup istimewa di hati peminatnya. Bagaimanapun, baru-baru ini satu video dengan paparan keluarga Ryan Bakery yang menyokong setiap penghasilan rakaman pemuda tersebut telah mencuri perhatian ramai.

Berikut adalah perkongsian rakaman dengan perkenalan keluarga Ryan Bakery yang sentiasa berada di belakang individu terkenal ini:

@kilabakery Sikit sikit dahlah🤣 #fyp ♬ You Are The Reason – Calum Scott


Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok dengan nama akaun kilabakery dan telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan 235 ribu likes. Judul video ‘kami akan sentiasa berada di belakang Along’ ini memaparkan setiap seorang ahli keluarganya yang turut sama hadir membantu jadi watak sampingan dalam karya Ryan Bakery.

Keluarganya memang sempoi dan turut berbakat dalam berlakon dalam video-video yang dihasilkan. Apa-apa pun di ruangan komen rata-rata warganet meniggalkan reaksi mereka seperti berikut:

“The one yang tak naik sorang2. Dia bawak semua family dia dan sahabat2 dia. Tahniah”

Screenshot at Aug 05 09-40-40

“Sebak bagusnya Ryan ni. Smeoga jadi anak yang baik dan dipermudahkan urusan perkahwinan nanti..”

Screenshot at Aug 05 09-40-17

“Ryan berjaya asbab keluarga selalu support dia. Itu yang paling penting. Kalau family tak support & tak faham susah nak jadi”

Screenshot at Aug 05 09-40-00

“Very touching..Every success man have a strong support”

Screenshot at Aug 05 09-39-12

Sementara itu, ikuti kisah menarik lain yang telah kami sediakan untuk hiburan hari anda seperti berikut:

Sumber:HCL

About admin blog

Check Also

“Saya Akan Besarkan Anak-Anak Kami Dengan…” – Dikr1tik Pilih Status Kerakyatan British Untuk Anak, Ini Respons Dr Amalina Bakri

Baru-baru ini, nama doktor pakar bedah, Dr. Amalina Che Bakri menjadi perbualan h3ngat selepas kenyataannya …

Leave a Reply

Your email address will not be published.