Makin cantik Yang Teramat Mulia (YTM) Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah! Malah semakin terserlah kejelitaan Puteri Diraja Brunei ini yang nyata mewarisi kecantikan ibunda, Azrinaz Mazhar Hakim!
Perkongsian Azrinaz yang memuat naik gambar anak gadisnya di Instagram baru-baru ini menarik perhatian ramai. Bukan hanya mereka terpikat dengan wajah cantik YTM Pengiran Anak Puteri Ameerah, bahkan kebanyakan kenalan Azrinaz mengakui anak dan ibu ini cukup seiras.
Posting tersebut dibuat bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-76 Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah pada 15 Julai lalu.
Kongsinya, “My sweet little girl walking alongside with her father. Happy Birthday HM The Sultan of Brunei.”
Umum mengetahui bekas personaliti televisyen ini mempunyai sepasang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama KDYMM Sultan Brunei Darussalam.
Sumber:http://www.slambermedia.bbn.my/