Lagu Isabella nyanyian asal kumpulan Search cukup terkenal di sekitar tahun 1990-an. Lagu lagenda ini sudah sekian lama namun masih popular sehingga ke hari ini.
Selain dari itu runut bunyi Isabella juga sering dijadikan lagu karaoke ramai. Malah sehingga ke hari ini lagu tersebut juga masih mendapat sambutan hari ini.
Bagaimanapun dalam satu perkongsian rakaman, seorang lelaki telah menyanyikan semula lagu ini dengan versi yang cukup unik. Dalam video tersebut lelaki ini menyanyikan semula lagu Isabella versi 40-an.
Memang cukup unik versi yang dihasilkan oleh lelaki ini. Berikut adalah perkongsian rakaman lagu Isabella versi 40-an oleh lelaki ini:
@aruelariel #isabella #amysearch #fyp #fy #aruelariel #newvillagemusiclab #jaotimkl ♬ original sound – Aruel Ariel
Wow, memang layan habis nyanyian oleh lelaki ini! Perkongsian rakaman tersebut telah dimuat naik oleh seorang perngguna TikTok dengan nama akaun aruelariel.
Nyanyian semula lagu ini memang cukup kreatif. Biarpun melodinya agak berbeza, namun bunyi aslinya tidak jauh beza menjadikan identiti runut bunyi ini masih jelas kedengaran.
Video nyanyian merdu lelaki ini telah meraih lebih 376 ribu tontonan dan 22 ribu likes. Rata-rata warganet memuji suara nyanyian lelaki ini. Di ruangan komen kebanyakannya terhibur dengan nyanyian lelaki ini. Berikut antara yang ditinggalkan di ruangan tersebut:
“Best non rock cover version ever!”
“Terbaik…Ala2 post modern jukebox..memang layanz”
“As long nada tak lari dari yang ori..Mesti meletop. Terbaik team..Jangan macam Tiara jiran sebelah ye”
“Bestnya version ni kak..Ehhh bang..Lantaklah pape pun best”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: HCL