“Mak Wan Tu Takda Duit, Takda Harta… Tak Payahlah Buat Orang Tua Tu Sampai Terduduk Ke Tanah” – Didie Alias

Pelakon Didie Alias berkongsi perkembangan terkini pelakon senior, Halimatussa’diah Mohd. Daud, 61, atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Wan Latah setelah mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahk4mah Majistret Taiping, Perak pada 28 Julai atas tudvhan melvdah pembanti peribadinya, bulan lalu.

Menurut Didie, Mak Wan berbuat demikian kerana dia percaya pelakon senior itu mahu menjaga maru4h diri dan reputasi sebagai seorang pelakon.

“Saya ada hubungi Mak Wan selepas dia ke mahk4mah tempoh hari. Menerusi panggilan itu juga dia masih tidak mengaku bersalah untuk menjaga m4ruah dan reputasinya. Saya faham kenapa dia berbuat demikian.

“Memang ada sembilan saksi daripada pihak sana, tetapi adakah mereka sediakan bukti yang mengatakan Mak Wan meludah pembantu peribadinya itu?,” katanya kepada Gempak.

Menurut Didie, dia sendiri tidak faham mengapakah pihak sebelah sana masih mahu meneruskan tindakan undang-undang kepada Mak Wan, walaupun isu berkenaan bukanlah satu isu yang besar.

“Besar sangat ke isu ini untuk dipanjangkan? Sedangkan mengh1na Islam pun dijamin RM40,000 dan lepas tau. Jadi, adakah benda ni isu besar? Tak tahulah pihak sebelah sana tak puas hati ke sebab saya tak pergi berjumpa dengannya? Itu saya tak pasti.

“Saya pun tak faham kenapa dia nak jatuhkan Mak Wan. Mak Wan tu bukan level artis popular yang kau nak jatuhkan. Hentikanlah benda meng4rut ni. Bukan saya nak raih simpati sebab saya hanya jadi pendengar dan penasihat sahaja.

“Apa yang dia akan dapat kalau lawan k3s ni? Mak Wan tu takda duit, takda harta. Dia hanya ada kasih sayang untuk anak-anak dia sahaja. Tak payahlah buat orang tua tu sampai terduduk ke tanah,” katanya lagi.

Terdahulu, mengikut kertas pertvduhan, Mak Wan did4kwa sengaja melvdah Nurul Amalina Mohamad Kamal, 28, dengan tujuan membangkitkan kem4rahan untuk mengg4nggu keamanan di Lorong Haji Wahab, Kampung Titi Kasai Batu Kurau pada pukul 7 petang, 24 Jun lalu.

Pelakon veteran itu did4kwa mengikut Seksy3n 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukvman d3nda maksimum RM100, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuvduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan k3s disebut semula pada 5 September 2022 untuk serahan dokumen dan l4ntikan peguam. Tertvduh membyar wang jaminan berkenaan.

Konflik antara pelakon drama itu dengan b3kas pembantu peribadinya dikenali Amell itu mendapat perhatian umum sejak Jun lalu ekoran pendedahan wanita tersebut menerusi beberapa video tentang Mak Wan di akaun TikToknya.

Menerusi video berkenaan, pelakon itu did4kwa sebagai seorang yang p4nas baran. K3s itu berlarutan apabila pelakon veteran tersebut mend4kwa menjadi m4ngsa pvkul Amell yang dikatakan membabitkan isu duit.

Bek4s pembantu pelakon itu bagaimanapun dilaporkan berkata, dia bertindak demikian selepas Mak Wan melud4hnya apabila dia bertanyakan satu soalan yang tidak boleh diterima tertvduh.

Sumber foto: Utusan Online dan Instagram Didie Alias

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *