“Cantik & Manis!” Bijak! Anak Pelakon Zulkifli Ismail, Kini Dah Jadi Pensyarah Hebat Di Korea

Bagi yang meminati drama Gerak Khas, pasti mengenali pelakon hebat, Zulkifli Ismail.

Mungkin ramai tidak tahu sebenarnya Zulkifli mempunyai anak perempuan yang kini bergelar pensyarah di Korea.

Selain memiliki rupa yang cantik dan manis, Dr Zulfati Izazi Zulkifli menjadi berita lantaran kejayaan wanita itu menggenggam Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang linguistik pada usia 29 tahun.

Menerusi laporan Sinar Plus, difahamkan Dr Zulfati Izazi atau mesra disapa Dr Izazi kini sedang meniti pengalaman bertugas sebagai pensyarah di Hankuk University of Foreign Studies.

Berkongsi tentang kerjayanya di Korea, Dr Izazi menjelaskan dia tidak memilih untuk bekerja di negara itu sebaliknya peluang datang tepat pada waktunya.

“Beberapa hari selepas saya lulus viva (penyelidikan lisan yang berkaitan dengan penyelidikan atau tesis) PhD, saya dihubungi oleh bekas penyelia dari sebuah universiti tempatan, tempat yang mana saya pernah bekerja dahulu.

“Mahu dipendekkan cerita, selepas itu, saya dihubungkan dengan beberapa pensyarah lain untuk proses seterusnya pula.

“Tidak lama kemudian, saya terima surat yang menawarkan jawatan pensyarah asing di sini (Korea) dan saya terus menerima tawaran tersebut.

“Memandangkan pada waktu itu saya bakal menamatkan pengajian dan perlu memasuki dunia kerjaya pula, kira aturan itu memang cantik. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat,“ kongsinya

Daripada pelbagai bidang, anak sulung Zulkifli ini juga mengakui bidang linguistik menjadi opsyen utama.

“Kalau diikutkan, saya meminati beberapa bidang lain, namun kemudian saya menyedari bahawa minat saya terhadap bahasa telah timbul sejak saya kecil lagi.

“Sesungguhnya, Bahasa Melayu memiliki keunikan dan kelebihan tersendiri,“ akuinya.

Untuk info, Dr Izazi telah pun mendirikan rumah tangga dengan Dr Md Yushalify Misro pada awal tahun ini.

Pasangan ini kemudiannya mengambil satu keputusan besar dengan membuat perhubungan jarak jauh (PJJ).

Suaminya juga merupakan seorang pensyarah matematik di USM dan sedang berkhidmat sebagai penyelidik jemputan di Shizuoka University, Jepun.

Sumber/Kredit : GEMPAK

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Semoga Istiqomah kak Emma.”- Emma Maembong Kongsi Momen Di Mekah, Ramai Yang Titip Doa Agar Emma Tutup Aurat?

Umum mengetahui pelakon, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *