“Bleh jdi besan Azah & Shahira..”- Kacukan! Ramai Terkejut Lihat Kekacakan Anak2 Azah Aziz

BARU-BARU ini bekas pelakon dan juga model terkenal Azah Aziz yang kini menetap di Kanada pulang ke Malaysia bersama ahli keluarganya untuk bercuti. Sudah alang-alang balik,

Azah tak melepaskan peluang untuk bertemu dengan sahabat karibnya iaitu pelakon yang juga penyampai radio, Sharifah Shahira.

Apa yang menarik perhatian, bila tengok ketampanan wajah ketiga-tiga anak lelaki Azah iaitu Aaron, Ryan dan Justin yang masing berusia 23, 16 dan 13 tahun. Rasa nak gugur iman Diva.

Netizen pula jangan cakaplah, masing-masing memuji wajah kacukan ketiga-tiga anak bujang pelakon yang pernah membintangi drama Cinta Korporat itu.

Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? Dah ibunya cantik, bapanya mula ‘mat salih’ kacak, tentulah ‘menurun’ pada wajah anak-anak.

Bukan itu sahaja, ramai juga mengusik mana tahu Azah dan Shahira boleh jadi besan suatu hari nanti memandangkan pengacara kelakar itu juga mempunyai anak dara yang cantik.

“Anak-anak Azah semua elok rupa. Kacak,” puji seorang netizen. “Kacak-kacak belaka anak-anak Azah,” kata seorang lagi peminatnya.

“Boleh jadi besan Azah dan Shahira,” usik seorang pengguna Instagram. Amboi belum apa-apa lagi ramai dah bagi cadangan.

Nakal tau netizen! Sekadar info, Azah mendirikan rumah tangga dengan Daud Leroy Abdullah dan mereka sekeluarga kini menetap di Montreal, Kanada.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Semoga Istiqomah kak Emma.”- Emma Maembong Kongsi Momen Di Mekah, Ramai Yang Titip Doa Agar Emma Tutup Aurat?

Umum mengetahui pelakon, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *