“Semoga Dipermudahkan..”-Usia Kɑndungan Mona Allen Cecah 8 Bulan, Pekin Mohon Doa Orang Ramai

Aktor Pekin Ibrahim meminta orang ramai mendoakan kandungan sulung isterinya, Mona Allen yang kini memasuki usia lapan bulan.

Pelakon kelahiran Kelantan itu berkongsi foto terkini isterinya itu di laman sosial Instagram pada Khamis.

“8 bulan, doakan semua dipermudahkan buat isteri saya,” tulis Pekin di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 37, tampil berseri mengenakan pakaian berona jingga dengan tudung bercorak lembut.

Sementara itu di ruangan komen, ramai rakan selebriti dan pengikutnya menitipkan doa dan kata-kata semangat untuk urusan melahirkan zuriat berjalan lancar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Pekin Ibrahim (@pekin7words)

“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan,” komen Fauziah Nawi.

“Semoga isteri Pekin sihat walafiat serta Allah SWT mudahkan segala urusan kelahiran nanti,” kata seorang wargamaya.

“Congratulations bro and Mona. Semoga dipermudahkan,” ujar seorang wargamaya.

“Semoga segalanya dipermudahkan and congrats in advance bro,” tulis seorang wargamaya lagi.

Sekadar informasi, Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim, 40, dan Mona telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2018.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://gempak.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Allah Selamatkan Kamu Ayash Affan” – Shuib Sambut Ulang Tahun Pertama Anak Bongsu Buat Ramai Sebak

Pelawak Shuib Sepahtu berkongsi satu video bersama anak bongsunya, Ayash Affan yang menyambut ulang tahun …

Leave a Reply

Your email address will not be published.