Pelakon Puteri Sarah Liyana bangga apabila dapat memiliki sebuah kereta mewah jenis Mercedes-Benz A-Class dengan hasil titik peluhnya sendiri
Menerusi satu hantaran di Instagram (IG) Story milik Puteri Sarah semalam dia memaklumkan berita gembira itu.
“Sarah nak ambil kereta baru, tak sabarnya! Kereta baru ini saya beli hasil duit sendiri selama saya kembali bekerja,” katanya.
Dalam entri berikutnya menunjukkan kereta-kereta mewah seperti Lamborghini, Porche dan banyak lagi yang berada di premis berkenaan.
Isteri kepada Syamsul Yusof itu turut memuat naik semula satu kemas kini di IG Story dari satu akaun IG lain yang dipercayai seorang kenalannya.
Dalam hantaran yang dimuat naik semula itu kelihatan Sarah berdiri di hadapan kereta Mercedes-Benz A-Class yang dianggarkan bernilai RM250,000.
Rakannya mengucapkan tahniah kerana berjaya memiliki kereta itu selepas bekerja siang dan malam “Siang malam bekerja, finally you get it, atas penat lelah dan titik peluh sendiri tahniah,” tulisnya.
Pada 30 Jun lalu, Puteri Sarah memfailkan s4man di Mahk4mah Sesy3n Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berhubung ganggu4n serta pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar.
Sebelum ini, rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof did4kwa dil4nda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga.
Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.
Sekadar info, Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber: https://gempak.com/
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.