Selebriti serba boleh, Isyariana kini menjadi antara pelakon kegemaran peminat drama tempatan apabila kemunculannya dalam Hati Yang Dikhianati sebagai watak Lisa juga mencetuskan dia menjadi perhatian penonton.
Meskipun bakatnya dalam bidang lakonan lebih menyerlah namun sebenarnya dia juga bergelar seorang penyanyi yang mana Isyariana merupakan bekas peserta Akademi Fantasi 2016 selain sering digelar sebagai Agnes Monica Malaysia. Seperti dalam rakaman yang dikongsikan ini pula nyanyian Isyariana mendapat pujian ramai.
@isyariana33Baru sminggu tak nyanyi dah rindu 🤍♬ original sound – isyariana
Isyariana diruangan kapsyen berkata bahawa, “Baru seminggu tak menyanyi dah rindu,” dan berkongsikan rakaman, dia membuat persembahan di sebuah acara disamping ditonton ramai.
Video nyanyian Isyariana yang dikongsikan itu juga bagaimanapun mendapat pujian peminat yang mengatakan dia tidak sekadar pandai berlakon malah turut mempunyai kebolehan menyanyi.
Namun begitu, selain nyanyian pelakon jelita itu dipuji oleh peminat nampaknya ruangan komen juga dipenuhi dengan pandangan netizen yang merasakan dia juga mempunyai iras dengan pelakon, Fattah Amin apabila dikatakan iras pelakon Mat Kilau itu versi perempuan.
“Nape aku tengok dia macam ala ala Fattah Amin versi perempuan…”
“Ada iras Fattah Amin”
“Sedap suara”
“Aku sorang je ke yang nampak muka dia macam Fattah Amin”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: HCL