“Filem Abang Tak Sempurna Kalau..”- Syamsul Yusof Bangga Filem Mat Kilau Cipta Rekod Lagi

Pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof telah memuatnaik satu perkongsian di media sosial mengenai filem biografik epik arahannya, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang masih ditayangkan di pawagam selama lima minggu berturut-turut.

“Filem Abang Tak Sempurna Kalau..”

Menerusi hantaran di Instagram, Syamsul mengatakan bahawa filemnya bukanlah sebuah filem yang sempurna jika mengikut undang-undang dan peraturan penghasilan sebuah filem. Namun, dia sanggup mel4nggar peraturan demia menggembirakan semua penonton Malaysia.

“Sejarah/ rekod tercipta lagi. Filem No 1 dalam carta box office 5 minggu berturut-turut. Ini tak pernah berlaku.

“Filem abg tak sempurna kalau ikut ‘laws & rules of film making’. I break the rules just to please all of you Malaysia Audience.”-Tulis Syamsul

Penghasil Filem Harus Ikut Kata Hati

Menyifatkan seni itu indah dah subjektif buat semua, Syamsul turut berpendapat penghasil filem seharusnya mengikut kata hati mereka dan bukan pada apa yang ditulis pada buku.

“In fact, siapa yang buat laws in film making? Maaf bertanya, siapa ya? Saya tak setuju. Seni itu indah & amat subjektif pada semua.

“Abang tak pandai. Tapi film makers should follow their heart, not the book. Dan abang percaya, Allahy4rham P Ramlee juga begitu di mana dia berkarya mengikut Hati seni nya. Jadi, kita belajar apa yang mampu dari beliau. Al-Fatihah.”-Tulis Syamsul

Sebelum ini, Murai MY pernah melaporkan mengenai Syamsul Yusof yang menjelaskan bahawa sebanyak 90 peratus jalan cerita dan dialog Mat Kilau telah diolah dan ditulis kembali olehnya dan Rizal Ashraf, malah rombakan besar dilakukan untuk mengikut kehendaknya sebagai pengarah dan penulis.

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu telah menjalani penggambaran selama 100 hari dengan sebahagiannya dijalankan di Perak dan beberapa lokasi termasuk Pahang, Melaka, dan Selangor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://murai.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *