“Tu Tanggungjawab B*ngok… Pandai Buat, Pandailah Tɑnggung!” – Dikata ‘Over’ Puji Suami, Ini Respons Elisya Sandha

Semenjak hadirnya cahaya mata sulung pasangan Elisya Sandha dan Uzair Haqimy yang diberi nama Bunga Elhaq, aktres itu dilihat begitu gembira malah seringkali memberi ucapan penghargaan buat suaminya menerusi beberapa hantaran di Instagram.

Namun, tindakan Elisya itu nampaknya menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mengatakan dirinya ‘over’.

Malah, netizen menyifatkan pengorb4nan waktu tidur dan cara penjagaan anak itu sememangnya perkara normal yang dilakukan oleh pasangan yang baru sahaja menerima kehadiran cahaya mata.

 

Enggan mengambil pusing perkara remeh yang dibangkitkan warganet, Elisya lebih senang mengambil langkah berdiam diri dari mengendahkan kec4man tersebut.

Menurutnya, selagi mana perkongsiannya itu tidak bersifat negatif maka, ia bukanlah satu hal yang besar yang harus difikirkan oleh beliau dan keluarga.

“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berb4ur negatif. Saya tak memerlukan justikasi mereka dalam hal ini.

“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka.

“Saya anggap luahan itu adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti p0yo atau apa saja tafsiran negatif,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)


Terdahulu, Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Hassan, 23, bersama suami dan pihak keluarga telah mengadakan majlis aqiqah anak perempuannya pada Hari Raya Aidiladha yang lalu.

Sumber: Twitter, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:https://www.xtra.com.my/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

About admin blog

Check Also

“Tudung Sauk Nampak Mahal Dan Cantik”- Ummi Nazeera selamba pakai tudung ‘sauk’ tarik perhatian ramai

Nama pelakon, Ummi Nazeera sering menjadi sorotan ramai di media sosial kerana apabila dia berlakon …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *