Anna Jobling Tercalon 100 Wajah Tercantik 2022 Mewakili Malaysia

Sebut sahaja nama Anna Jobling pastinya ramai akan mengingati wataknya sebagai Melur dalam drama ‘Melur Untuk Firdaus’. Antara pelakon wanita baharu yang semakin menyinar, pelakon wanita dengan nama Anna Jobling terus menerus menjadi perhatian ramai.

Malah baru-baru ini, Harian Metro melaporkan Anna Jobling tercalon 100 Wajah Tercantik 2022 oleh TC Candler. Difahamkan juga Anna Jobling adalah satu-satunya calon yang mewakili Malaysia dalam senarai tersebut.

Menerusi laporan tersebut juga Anna memberitahu pengiktirafan tersebut sangat besar kerana ia di peringkat dunia dan disenaraikan sebaris dengan jelitawan lain dari luar negara. Selain dari itu, Anna Jobling sendiri memiliki takrifan sendiri mengenai kecantikan.

Katanya cantik itu dari luaran dan ia sangat subjektif. Dia juga percaya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.

“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman. Tak kisah paras rupa macamana, tapi kalau sayang diri, yakin, secara langsung akan cantik dari segala segi,” kata pelakon jelita ini.

Selain Anna Jobling tercalon 100 Wajah Tercantik 2022, antara selebriti lain adalah Jisoo Blackpink (Korea Selatan), Ylona Garcia (Filipina), Camilla Belle (Amerika Syarikat), Kiko Chan (Vietnam) dan ramai lagi.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HCL

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *