Asif Suhaimi bukanlah asing lagi peminat karya Youtuber dan pengarah, Syahmi Sazli. Antara pelakon yang cukup selamba dan agak kelakar menjadikan insan ini diminati oleh barisan peminatnya tersendiri.
Malah lagaknya yang sering menghiburkan ramai itu membuatkan Asif disenangi ramai biarpun dirinya insan istimewa. Baru-baru ini satu rakaman dengan paparan Asif dengan tok kadi telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah perkongsian video tersebut:
@syahmi_sazliAir Mata Di Hari Persandinganmu..♬ original sound – Syahmi Sazli
Menerusi video yang dimuat naik oleh Syahmi Sazli itu kelihatan seakan suasana akad nikah di sebuah masjid. Turut kelihatan Asif sedang duduk si pengantin lelaki dan di depannya tok kadi. Mereka berjabat tangan seolah sedang akad nikah.
Namun begitu, di sebelah Asif ada seorang lelaki berbaju melayu putih dipercayai pengantin sebenar. Gara-gara video ini, ramai yang menyangka Asif sedang bernikah. Bagaimanapun setelah berjabat tangan, Asif terus berdiri dan bergambar dengan tok kadi.
Berikut antara reaksi ramai yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian tersebut:
“Ingat ko Asif nikoh kejut kito”
“Asif nak raso pegang tangan tok imam tu”
“Ingatkan betul”
“Kejut kita ingat Asif yang nikah”
“Pengantin laki ada kat sebelah tu. Baju putih tu. Asif tengah praktis lagi tu”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: https://himpunanceritalawak.com/