Baru Je Berpindah Dari Malaysia, Sekali Perk0ngsian Sarah Hildebrand Mengejvtkan Netizen “Semuanya tidak mustahil”

Memulakan kehidupan baharu di Amerika Syarikat sejak Mei lalu, entri terbaharu pelakon Sarah Hildebrand di Instagramnya seolah-olah memberikan gambaran dia kini sudah menyertai pasukan unit beruniform, T3ntera Udara Amerika Syarikat.

Sarah atau nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand, 32, berkongsi foto dirinya sedang bersalaman dengan seorang pegawai tent3ra selain memuat naik skor markah yang diperoleh dalam ujian ketent3raan.

Malah, pelakon yang mencipta nama menerusi drama Pujaan Hati Kanda itu juga turut memuat naik video menunjukkan dia sedang mengangkat sumpah bersama dua pelatih tentera yang lain.

“Semuanya tidak mustahil. Sangat bersyukur untuk segalanya,” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

Perkongsian Sarah itu membuatkan ramai peminatnya teruja selain mereka turut mendoakan kejayaan aktres itu di masa hadapan.

“Adakah awak menyertai pasukan tent3ra, Sarah? Tahniah!

“Patutlah nak tambah berat badan. Tahniah Sarah.

“Fuh, hebatlah Sarah!

“Tahniah! Saya bangga dengan awak,” tulis beberapa netizen.

Rakan artis seperti Dayah Bakar, Nadia Brian dan penyanyi Amir Hassan juga tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada Sarah.

Terdahulu, Sarah mengumumkan persaraannya daripada industri seni hiburan tempatan menerusi sebuah video di Instagramnya.

Selepas bersara, pelakon k3cukan Melayu-Inggeris ini kemudiannya mengambil keputusan untuk berhijrah ke negara kelahiran bapanya.

Sarah juga pernah berkata yang dia tidak berhasrat untuk kmebali lagi ke negara ini.

KOMEN NETIZEN :

Foto:  Instagram Sarah Hildebrand

Sumber/Kredit : MH

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

 

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *