“Di mana awak Zally?” – Bekas personaliti TV3, Zalina Azman dilap0rkan hilang, ini komen Ras Adiba & Pak Nil

BEKAS personaliti TV3 iaitu Zalina Azman dilaporkan hilang menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat P0lis Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin.

Makluman orang hilang tersebut dimuat naik di Facebook rasmi Polis (IPD) Shah Alam yang memaklumkan kehilangan seorang wanita berbangsa Melayu bernama Zalina Shaharah Azman berumur 58 tahun.

Fizikal Zalina juga turut disifatkan sebagai berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan manis selain alamat terakhirnya di Sekksyen 3, Shah Alam, Selangor.

Ketua P0lis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan memberitahu keluarga Zalina membuat laporan tentang kehilangannya sejak 29 November tabhun lalu.

Dalam lap0ran tersebut, anak kepada Zalina ada cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan bapa Zalina dimasukkan ke h0spital namun usaha itu gagal.

“Pada 29 November, pengadu dan bapa saudaranya pergi ke rumah ibunya di Sekksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun. Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun, ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui m4ngsa,” katanya.

Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi menerusi Instagramnya turut menyeru orang ramai membantu mencari sahabatnya itu.

Dalam hantaran berbeza, Ras Adiba turut meminta Zalina segera pulang.

“Di mana awak Zally (panggilan untuk Zalina). Tolonglah pulang, pulang ke rumah,” tulisnya.

Rakan seperjuangannya, Datuk Aznil Nawawi turut meninggalkan komen pada hantaran itu yang turut bertanyakan dimanakah bekas personaliti itu berada.

Sehubungan itu, IPD Shah Alam menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menyalurkan info berkenaan kepada pegawai penyiasat kes, Sarjan Sabturia Lorong atau Balai P0lis Sekksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Sebelum ini, Zalina cukup terkenal sebagai pembaca berita program Money Matters yang bersiaran di TV3.

RESPON NETIZEN :

Sumber/Kredit : Mstar

Diolah Oleh : Wan Network

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Jangan Menyesal!! C0py/Salin Semula Artikel Kami Tanpa Kebenaran Akan Di Report C0pyright

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *