Shuib Ajar Anak Buat Aktiviti Kampung, “Memories Gini Nanti Da Besar Dia Akan Hargai”

Ada pepatah Melayu mengatakan ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. Pepatah ini sesuai buat anak kepada selebriti dan usahawan, Shuib. Manakan tidak baru-baru ini perkongsian dengan paparan aktiviti kampung yang dilakukan bersama anaknya, Matin telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian rakaman dimuat naik oleh Shuib itu kelihatan dia dan anaknya itu cuba mengumpan belut keluar dari ‘sarangnya’. Aktiviti yang jarang sekali orang bandar mengajar anaknya ini telah membuatkan ramai teruja menyaksikannya. Berikut adalah perkongsian rakaman Shuib ajar anak buat aktiviti kampung ini:

@shuibsepahtu Tag member2 Parit Buntar korang 😉 @bubblebeemy @achey_kintangkintung #BubbleBeeParitBuntar #BubbleBee #fyp ♬ Madu – Amriz Arifin & Erni AB

Uish, memang rare sungguh aktiviti yang dibuat dua beranak ini! Lebih menarik, berjaya juga mereka menarik belut keluar dari lubang itu. Perkongsian rakaman Shuib ajar anak buat aktiviti kampung ini telah meraih lebih 400 ribu tontonan dan 22 ribu likes.

Di ruangan komen perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi akaun TikTok Shuib ini, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenainya seperti berikut:

“Mak ayah sekarang perlu ajar anak cara diorang membesar supaya menda ni terpahat diingatan diorang”

“Teringat dulu arwah Sarah teman suami dia ni g mancing belut..Mase tu tengah buat live ke video cam tu la kenangan”

“Memories gini nanti da besar dia akan hargai”

“Terbaik Shuib ajar anak2 sekali sekala pengalaman orang kampung”

“Bagus Shuib ni bawa anak2 merasa suasana macam ni”

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HCL

About admin blog

Check Also

[VIDEO]“Anak Yang Bijak”-Telatah Jebat Jayden Kongsi Khasiat Air Zam Zam Mencuit Hati Netizen

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa air zamzam ini muncul pada zaman Nabi Ismail AS ketika baginda ditinggalkan bersama ibunya Hajar oleh Nabi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *