“Banyak Perlu Diperbaiki, Saya Tahu..” – Nyanyi Casablanca Secara Live, Nuha Bahrin Sedar Kec4man Netizen

Penyanyi Nuha Bahrin mengakui tidak terasa dengan kec4man wargamaya terhadap persembahannya menyanyikan lagu Casablanca bersama Naufal Azrin secara langsung pada program MeLETOP yang berlangsung pada Selasa.

Menerusi platform TikTok, ramai wargamaya memberikan pendapat mereka terhadap vokal dan nyanyian Nuha semasa program tersebut berlangsung.

Namun bagi Nuha sendiri, dia masih dalam proses mempelajari teknik-teknik nyanyian yang sepatutnya.

“Bagi saya, banyak je yang saya perlu perbaiki, saya sendiri tahu. Saya punya pernafasan dan macam-macam lagi yang saya masih belajar.

“Saya tak akan cakap yang saya dah sempurna, tidak sama sekali. Saya tahu ada banyak benda lagi yang perlu dipelajari dan kalau pendengar rasa nyanyian saya sama je macam dulu, saya faham je sebab memang masih belajar.

“Tapi dalam diri saya, saya tahu nyanyian saya perlu diperbaiki sebab saya tahu apa yang saya mampu buat, apa yang saya tak mampu. Jadi, dari situlah saya banyak belajar,” ujar Nuha kepada Gempak.

Nuha ditemui selepas program tersebut yang berlangsung di Studio 1, Astro, Bukit Jalil.

Sementara itu di ruangan komen TikTok, persembahan tersebut mengundang pelbagai reaksi wargamaya yang rata-rata berpendapat nyanyian Nuha masih perlu banyak diperbaiki.

Dalam pada itu, ramai yang turut mempertahankan nyanyian Nuha sebenarnya boleh pergi jauh jika diasah.

“@Seyang:Dia ni boleh pergi jauh, jauh dari mikrofon.”

“@cataleya:Nuha ni suka sangat ubah lenggok yang tak dirancang huhu.”

“@Unknown :Dia nervous tu ,to me suara dia not bad.”

“@Flower :Lepas dengar ni, aku dengan member aku semakin yakin kita orang pun boleh pergi jauh. hahahaha.”

“@hariz_hasnan:Mesti pressure sebab ramai menantikan dia nyanyi live. Tengok body language dia sampai kaku pun tau dia nervous. Not bad but kena masuk kelas vokal.”

“@tyrashameir:Kalau dengar betul-betul ok je, memang suara dia getar kot.”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima 1.2 juta daripada warga TikTok.

Terdahulu, nyanyian Nuha mencuri perhatian menerusi lagu Kekasih Awal Dan Akhir nyanyian asal Datuk Jamal Abdilllah menerusi sebuah program hiburan tempatan.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *