[VIDEO] “Cantik Dah Macam Art Gallery…” – Netizen Puji Rumah Nadiyah Shahab Nampak Cantik & Kemas

Pelakon cantik manis, Nadiyah Shahab ‘belanja’ kepada peminat beberapa sudut di dalam rumah baharunya.

Menerusi satu hantaran video pendek yang dimuat naik Nadiyah di laman Instagramnya, dia akhirnya berkongsi pemandangan di dalam rumahnya selepas beberapa kali diminta oleh peminat.

“Supsrise! Akhirnya saya berkongsi dengan anda house tour yang anda minta sejak setahun lalu.

“Sedikit lewat tetapi sekurang-kurangnya kami ingin melakukannya dengan hasil yang terbaik dan kami menepati janji itu.

“Terima kasih kerana ada menemani saya dan suami dalam perjalanan menghias rumah. Kami harap anda menyukai hasilnya.

“Akan ada video penuh di YouTube tidak lama lagi. Nantikan lebih banyak lagi! Sayang kamu semua,” tulis Nadiyah pada kapsyen.

Sementara itu, pada ruangan balas ramai yang memuji keadaan rumahnya yang kelihatan cantik dan kemas itu.

“Rumah paling cantik dan kemas.

“Lawanya rumah Nadiyah, boleh tumpang tidur tak hehe.

“Cantiknya, dah macam art gallery pon ada rumah kak Nad.

“OMG, saya mesti akan shaking kalau dapat masuk rumah you,” antara komen yang ditinggalkan peminat.

Sekadar info, Nadiyah Shahab telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihannya pada Januari 2018 yang berlangsung di The Ballroom at East Coast, Singapura.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadiyah Shahab (@nadiyah.shahab)

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: https://gempak.com/

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *