Jadi Hos MeleTOP, Datin Lisa Surihani Kongsi; “ Perasaan Gementar Tu Susah Nak Terangkan…

Mengambil cab4ran, aktres Datin Lisa Surihani akui berasa gementar apabila diundang untuk menjadi hos jemputan program hiburan popular, MeleTOP, pada Selasa.

Maklum pelakon berusia 36 tahun ini, dia sememangnya mengalami situasi sedemikian, apatah lagi apabila ia disiarkan secara langsung.

Terdahulu, Lisa sepatutnya digandingkan bersama hos tetapnya, Nabil Ahmad namun dia tidak dapat hadir di saat akhir atas kekangan kesihatan.

Lalu, Lisa digandingkan bersama rakan pengacara dan pakar motivasi, Amin Idris.

Difahamkan, kedua-dua figura ini diundang sebagai hos program tersebut bersempena episod istimewa Hari Raya Aidiladha.


“Alhamdulillah, selesai tugasan sebagai Hos Jemputan bersama @amin_idris .

“Terima Kasih @meletop sudi menjemput saya sempena episod Hari Raya Aidil Adha.

“Perasaan gementar untuk kendalikan sebuah rancangan siaran langsung ni, susah nak terangkan tapi Alhamdulillah.

“Terima kasih Bro @amin_idris kerana memberi sokongan yang amat baik walaupun diminta bertugas pada saat akhir.

“Sama-sama kita du’akan moga @nabilzira sembvh dan dikurniakan syifa’. Harapnya sambil-sambil penonton terhibur, dapat juga hadam pengisian yang bermanfaat.

“In shaaAllah,” tulisnya menerusi entri di akaun Instagram miliknya.

Untuk rekod, program MeleTOP bersiaran langsung pada setiap hari Selasa, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: https://www.mediahiburan.my

 

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “6 Tahun Dulu..”- Isυ Pakaian Menjo̞lok Mata Riena Diana Dikecαm?, Sekali Tuan Badan Tampil Buka Mulut!

Pelakon yang cukup terkenal dengan karakter Lailer dalam Kampung People, Riena Diana baru-baru ini menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *