Ditvduh ‘Over’ Kongsi Kisah Suami Berk0rban Bangun Malam Tukar Pampers Anak, Elisya Sandha – “Saya Tak Perlukan Justifikasi Mereka”

Baru-baru ini, pelakon Elisya Sandha meraikan majlis aqiqah anak perempuanya, Bunga Elhaq pada Hari Raya Aidiladha.

Bagi berkongsi dengan peminat dan pengikut, gambar-gambar sekitar majlis sambutan serba p0los itu dimuat naik Elisya menerusi Instagramnya.

Selain gambar, Elisya turut menukilkan pesanan istimewa buat suaminya, Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pasangan penerbit Sheila Rusly dan pengarah Jinggo.

Menerusi nukilan berkenaan, Elisya bercerita tentang peng0rbanan suaminya yang bangun setiap malam bagi menukar lampin pakai buang anaknya selain memberikan susu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)


Begitupun, perkongsian Elisya itu menimbvlkan rasa kur4ng sen4ng dalam kalangan netizen. Menurut pengguna media sosial, sudah memang menjadi tanggungjawab buat ibu dan bapa untuk menjaga anak dan hal tersebut bukanlah satu hal luar biasa yang harus dibincang.

Enggan melayan karenah netizen, adik kepada Fasha Sandha itu berkata, apa yang diluahkan di Instagram adalah ditujukan untuk suami dia ia adalah bersifat peribadi.

“Jadi, saya bukan mahu mendabik dada dan memeningkan kepala memikirkan kata sinis netizen atau yang berb4ur neg4tif. Saya tak memerlukan justikasi mereka (netizen) dalam hal ini.

“Saya juga percaya ruang menulis dan berkongsi apa saja bentuk perkongsian di media sosial tidak memerlukan pandangan mereka (netizen),” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Elisya berkata, selagi apa yang dikongsikan itu tidak bersifat burvk, ia bukanlah menjadi satu hal yang besar dalam kehidupan hariannya.

“Selagi saya rasa ia masih okey dan baik untuk dikongsi dan dizahirkan, ia takkan menjadi kvdis pun. Hidup ini bukan sentiasa atau setiap masa perlu melihat segala sudut pandangan orang lain. Kalau asyik memikirkan pandangan orang, mungkin kita takkan ke mana-mana.

“Saya anggap luahan itu (kepada suami) adalah bentuk dedikasi jujur. Mereka juga boleh melakukan perkara sama. Tapi ia terpulang kepada terjemahan org lain yang mungkin fikir ia seperti poyo atau apa saja tafsiran neg4tif,” katanya lagi.

Untuk rekod, Elisya dan Uzair bernikah pada 21 Ogos tahun lalu. Bunga pula dilahirkan secara pembed4han pada 18 Jun lalu di sebuah hospital di Ampang.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “6 Tahun Dulu..”- Isυ Pakaian Menjo̞lok Mata Riena Diana Dikecαm?, Sekali Tuan Badan Tampil Buka Mulut!

Pelakon yang cukup terkenal dengan karakter Lailer dalam Kampung People, Riena Diana baru-baru ini menjadi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *