Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dipenuhi dengan pelbagai kisah menarik yang tular di media sosial.
Antaranya, pengalaman bergelut untuk menenangkan lembu sebelum proses penyembelihan serta ada juga yang berkongsi detik sed1h kerana lembu yang mereka jaga selama ini perlu dikorb4nkan.
Cuci perut lembu guna mesin basuh
Seperti yang kita tahu, kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi membersihkan perut lembu kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk dibersihkan.
Tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang menunjukkan idea kreatif untuk mencuci serta membersihkan perut lembu.
@makey.24jey beginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.😂#foryou #viral2022 #fyp #fypシ #makanlokal #myfoodie #makanemoji ♬ Cumbia Buena – Grupo La Cumbia
Menerusi video dimuat naik makey.24jey itu, lelaki tersebut bertindak memasukkan bahagian perut lembu ke dalam mesin basuh untuk melakukan proses pembersihan.
Dapat dilihat bahagian perut lembu yang pada awalnya berwarna hitam menjadi putih bersih selepas dibersihkan.
Idea kreatif jadi bualan netizen
Idea kreatif lelaki tersebut mendapat pelbagai respon dari warganet. Rata-rata mereka menzahirkan rasa b1mbang dim4rahi kaum isteri kerana mesin basuh yang digunakan itu akan berbau bvsuk.
Mungkin mesin basuh yang digunakan lelaki ni memang khas untuk mencuci perut lembu? Tapi apa-apa pun, memang kreatif dan berkesan cara digunakan lelaki ini untuk membersihkan perut lembu.
Kredit: TikTok makey.24jey
Sumber : OH MEDIA