Elisya Sandha kngsi wajah Bunga, sekali ada benda lain yang netizen perasan “Betul kata Fasha macam muka…”

PELAKON, Elisya Sandha yang selamat melahirkan cahaya mata pertama pada 18 Jun lalu tampil anggun dalam busana berona putih sempena majlis aqiqah anak sulungnya, Bunga Elhaq.

Kata Elisya, tahun 2022 menjadi tahun pengorb4nan paling besar buat dirinya sebagai ibu dan suami, pengarah Uzair Haqimy.

“Pengorb4nan daddy you bangun setiap malam untuk tukar pampers dan susukan you. Pengorb4nan ramai orang untuk jayakan majlis aqiqah you today.

“Masha-Allah anak mummy ini sangat bertuah. Ramai orang sayang. When you grow up, you can read this message (apabila besar nanti, harap Bunga akan baca pesanan ini),” katanya.

Elisya bersama anak perempuannya, Bunga Elhaq yang dilahirkan pada 18 Jun lalu.

Elisya berkata demikian sebagai ucapan istimewa buat anaknya itu di Instagram selain turut menitip nasihat buat tatapan apabila Bunga dewasa kelak.

“Ingat pesan mummy, jagalah hati orang yang sayang Bunga, hargai pengorb4nannya, terimalah kekurangannya jangan sia-siakan keikhlasannya sebab you tak tahu Bunga betapa untungnya you di mata orang lain kerana you memilikinya,” terangnya.

Elisya dan Uzair berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

Dalam pada itu, Elisya turut berkongsikan gambar sambutan aqiqah Bunga Elhaq di Instagram rasmi miliknya anaknya.

Menarik perhatian, bayi berusia kurang sebulan itu memiliki hampir 50,000 pengikut di Instagram.

Instagram Bunga Elhaq yang memiliki hampir 50,000 pengikut.

Pengguna media sosial turut mengucapkan tahniah dan memuji Bunga sebagai ba.yi yang comel.

KOMEN NETIZEN :

“Masha-Allah comelnya Bunga. Semoga menjadi anak yang solehah, berbakti kepada kedua orang tua kelak.

“Alahai comel betul Bunga. Betul kata Fasha macam muka Aisha. Semoga membesar menjadi anak yang solehah dunia akhirat, amin,” antara komen netizen.

Antara anak selebriti lain yang turut memiliki akaun rasmi di Instagram ialah Lara Alana dengan empat juta pengikut, Yusuf Iskandar (2.7 juta pengikut), Aisyah Dhia Rana (35,000 pengikut), Alisa Aisyah (1.3 juta pengikut) Lila Amina (194,000 pengikut) Syeriv Samheizy (841,000 pengikut) dan Aqeef Anaqi (687,000 pengikut).

Sumber : mStar

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *