Jika diperhatikan hari ini stesen minyak atau petrol boleh didapati di mana juga kawasan. Mudah didapati di bandar-bandar, namun lain halnya jika berada di kawasan perkampungan. Minyak petrol lebih sukar didapati, namun jika ada pun cara untuk membelinya agak berbeza dari kebiasaan.
Jika di stesen petrol biasa, pengguna hanya perlu membayar jumlah dimahukan dan menekan nozel yang dimasukkan ke dalam pintu tangki. Namun ada di sesetengah kawasan kampung yang masih menggunakan kaedah mengisi minyak secara manual.
@anisna98 Stesen minyak manual😆 #fyp ♬ Soap – Melanie_Martinez
Menerusi perkongsian satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun anisna98 ini, kelihatan dua gadis sedang menggunakan satu alat untuk mengisi petrol. Alat yang digunakan agak jarang dapat dilihat hari ini bagi sesetengah orang. Berikut adalah rakaman isi minyak petrol cara manual yang dikongsikan ini:
Wow, lain macam ya alat yang digunakan ini! Pastinya ramai yang tidak pernah melihat cara isi minyak petrol cara manual ini. Rakaman yang dimuat naik ini telah meraih hampir 800 ribu tontonan dan 100 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:
“Biasanya dekat kampung2 je ada”
“Kalau lori mai nak 200 ringgit tak ke berotot awek tu”
“Seriuslah ramai yang pertama kali tengok. Dekat kampung aku tak terkira kedai minyak ni”
“Aku ingat benda ni biasa rupanya ramai tak tahu lagi benda ni wujud”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: HCL