Pelakon Datin Seri Noniswara tampil berkongsi luahan rasa kec3wa apabila statusnya dan gelaran Datin Seri dipertikaikan.
Tegas Noniswara, 53, dia bukan isteri kedua dan gelaran tersebut sah digunakan sepanjang tujuh tahun perkahwinan bersama suami, Datuk Seri Dr Sheikh.
“Zarina berm4du. Dan madu pun sangat baik. Saya tidak berm4du. Saya bukan gila title. Bukan syok sendiri macam dorang.
“Dari suami dulu pun saya dah Datin. So apa yang hairan sangat? Sememangnya perkara sebenar.
“Saya Datin Seri sebab dalam sijil ada nama saya seorang dan masa pergi ambil pingat saya yang bersama. Pergi istana dan majlis rasmi atau tak rasmi saya sentiasa bersama,” tegasnya menerusi hantaran di Instagram Stories pada Selasa.
Difahamkan, Noniswara berkongsi tangkap layar daripada hantaran sesi soal jawab seorang pengguna yang membandingkannya dengan pelakon Zarina Zainuddin dan menyentuh isu hormat isteri pertama.
“Suka tengok dia tapi itulah, lain orang lain cara. Tapi my mom cakap tak apalah. Biarlah dia nak ambil title tu. Dia suka macam tu. Baik kan my mom bersabar? I je menggelabah overprotected mama. Jadi bergembiralah dengan title itu ye,” demikian tulis hantaran individu terbabit.
Kata Noniswara lagi, suaminya sudah lama berpis4h dengan bekas isteri terdahulu dan difahamkan hubungan mereka sudah sedia bermas4lah sebelum mereka berkenalan.
“Yang sana dah lama pun berp1sah. Cuma tak declare. Suami dari dulu cakap dah berp1sah. Sebelum saya wujud pun katanya dah 10 tahun tak tidur bersama.
“Cuma anak-anak tak boleh terima hakikat. kalau mereka ada gambar bersama pun sebab majlis kahwin anak-anak dan raya ketiga. Just ambil hati anak-anak. Suami saya serba-salah.
“Anak-anak sengaja ambil gambar bersama kononnya mereka keluarga bahagia. Nak tunjuk pada kawan-kawan dan followers.
“Hakikatnya tidak. Nak saya cerita apa lagi. Suami saya pun pening dengan anak yang seorang dua yang deg1l dan suka mel4wan. Anak-anak lain baik saja,” ujarnya.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: Gempak