Penuh Kejutan…Jer4ngkung Dalam Almari Akan Buat Anda Tak Senang Duduk!

Minat yang mendalam terhadap filem-filem ser4m telah mencetuskan idea buat pengarah Shadan Hashim untuk menghasilkan filem Jer4ngkung Dalam Almari. Tambahan pula, filem ser4m juga dilihat antara genre yang cukup diminati serta sering mendapat sambutan hangat penonton.

Terganggu Dengan Orang Yang Masih Lakukan Perbuatan Sy1rik

Menurut Shadan, dia berasa terganggu dengan segelintir individu dalam kalangan masyarakat yang masih mengamalkan perbuatan sy1rik. Justeru, dia merasakan perlu untuk mengutarakan isu itu menerusi filemnya.

“Melihat kepada keadaan semasa, adakalanya saya agak terg4nggu apabila menyedari perbuatan sy1rik masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan kerana itu saya harus mengutarakan isu ini.

“Pada masa sama, saya adalah penggemar filem-filem ser4m dan Jer4ngkung Dalam Almari ini dihasilkan sebagai memberi penghormatan (pay homage) buat pembikin-pembikin filem seram yang saya gemari,” katanya.

Sebelum ini, Shadan pernah menghasilkan sebuah filem ser4m iaitu Volkswagen Kuning, selain bergelar sutradara menerusi filem Haru Biru dan Cinta 200 Ela.

Ada Mesej Kekeluargaan

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Shadan berkata filem dari syarikat produksi Akid Productions Sdn. Bhd dan penerbit Raja Azmi itu, menceritakan tentang tiga orang adik-beradik yang membiarkan sya1tan bermaharajalela di dalam dada mereka sehingga berdend4m dan pras4ngka terhadap diri masing-masing.

Ujarnya, walaupun ini ialah sebuah naskhah yang mengetengahkan genre ser4m, tetapi mesej kekeluargaan ialah tunjang kepada jalan cerita filem tersebut.

Tambahnya, untuk filem berkenaan yang terkesan akibat pandemik dan menjalani penggambaran selama 26 hari itu, dia perlu menampilkan sesuatu yang luar biasa kerana nama hantu jer4ngkung itu sendiri memang jarang sekali dipakai di layar lebar berbanding kisah hantu lain seperti pontianak, orang minyak dan hantu raya.

“Bila mendapat peluang ini saya bertanya pada diri, bagaimana untuk menghasilkan sebuah filem ser4m yang baik, tanpa adegan klise seperti wanita terapung, melekat di dinding atau menj3rit apabila ayat-ayat al-Quran dibaca, seperti kelaziman filem ser4m yang lain?

“Jadi ia mencabar kreativiti saya untuk menghasilkan adegan ser4m yang lebih mencemaskan, menunjukkan cara yang lebih kreatif untuk mengatasi anc4man j1n dan yang paling menc4bar ialah untuk memunculkan makhlvk jer4ngkung itu sendiri.
Barisan Pelakon Hebat

Jelasnya lagi, dia cuba mencari identiti filem seram yang dekat dengan masyarakat dan percaya penonton akan terhibur dengan jalan cerita yang menarik serta elemen-elemen “surprise” yang terdapat dalam filem Jer4ngkung Dalam Almari ini.

“Pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Effendi memberikan lakonan berkualiti dan faktor ini juga pasti akan menarik penonton ke pawagam,” ujarnya.

Filem Jer4ngkung Dalam Almari bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara mulai 4 OGOS 2022.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Murai

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *