“Income Dari Mana? Shopping Meng4lahkan Anak Tan Sri” – Netizen Tanya Elfira Loy

Pelakon Elfira Loy antara yang tidak terlepas untuk mengikuti trend semasa bertanyakan soalan menggunakan aplikasi NGL di Instagram.

Namun lain pula kejadiannya apabila terdapat seorang individu telah bertanyakan soalan sens1tif seakan hairan dari mana datangnya sumber kewangan Elfira sejak dirinya bujang lagi.

Menurut individu yang tidak dikenali identitinya, dia menyatakan pelakon itu begitu jarang sekali muncul di kaca televisyen apatah lagi tiada sebarang bisnes yang diuruskan.

“Macam mana hidup awak sangat mewah? Nak kata berlakon banyak tak pun. Berniaga pun tidak.

“Pendapatan dari mana? Tapi dari bujang lagi suka shopping mengal4hkan Tan Sri,” tulis individu terbabit.

Memilih untuk menjawab soalan itu, Elfira atau nama aslinya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri menegaskan dia seorang wanita yang bekerjaya dalam mencari rezeki biarpun hanya untuk membeli pisang goreng, dia tetap akan mengeluarkan wangnya sendiri.

“Saya ada duit okey. Saya kerja siang dan malam cari duit.

“Saya nak beli goreng pisang pun saya tak minta duit laki saya. Saya beli sendiri.

“Kalau saya jenis minta duit lelaki ‘kaya’ ni, saya dah pakai Ferrari. Tak adalah pakai kereta saya sekarang.

“Paling-paling pun saya akan ada empat maid (pembantu rumah). Tapi tak, saya urus semua sendiri,” jawab Elfira seakan memb1das kenyataan individu berkenaan. Untuk rekod, Elfira dan suami, Faris telah sah bergelar suami isteri pada Januari 2019 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Rayyan Khalaf, 2, dan Nur Aria Mikayla yang baru berusia 2 bulan.

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Gempak

About admin blog

Check Also

“Perempuan cantik memang selalu kena fítnαh..”- Azhar Sulaiman mula bersuara ísu Isu Sophia Albarakbah!

Sejak akhir-akhir ini industri hiburan sekali lagi dike.jut.kan dengan satu kisah pendedahan oleh Bella Astillah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *