“Berharga 2 Juta?” Hasil kerja keras 5 tahun, akhirnya Alieff Irfan dapat beli kereta sport McLaren 720S

IMPIAN personaliti media sosial, Alieff Irfan ingin memandu kereta sport jenama McLaren 720S akhirnya tercapai apabila dia berjaya memiliki kenderaan itu.

Meluahkan rasa syukur atas kurniaan rezeki itu, Alieff atau nama sebenar Muhd Aliff Irfan Aziki, 25, menganggap ia merupakan satu kejayaan buat dirinya selepas bertungkus lumus bekerja keras selama ini.

Kata Alieff, sepatutnya pembelian kereta mewah itu dilakukan sebelum Hari Raya Aidilfitri, namun berdepan kelewatan atas beberapa faktor.

“Syukur dan Alhamdulillah apa yang saya impikan selama ini tercapai. Awalnya nak pakai hari raya lepas, tetapi dapat masa hari raya haji. Kereta ini juga menjadi pembakar semangat untuk saya yang tiada apa-apa sebelum ini.

“Ini juga merupakan sebahagian daripada kerja keras selama lebih lima tahun ini,” katanya kepada mStar.

Alieff bersama isteri, Bella dan kereta McLeren 720S mereka.

Sebelum itu, Alieff berkongsi kegembiraan dan keterujaannya memiliki kenderaan berwarna hitam itu menerusi laman Instagram pada malam Isnin.

Dalam pada itu, YouTuber terkenal ini menjelaskan tujuannya memuat naik rakaman video dan foto di media sosial adalah untuk berkongsi kegembiraan dengan pengikut.

“Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jah4t, semuanya akan menjadi buah mulut orang.

“Namun, bagi saya ini adalah satu pencapaian yang dapat saya buktikan mengenai usaha keras selama ini.

“Saya memuat naik gambar itu dengan niat untuk berkongsi dan berterima kasih kepada mereka yang selama ini banyak menyokong,” jelasnya.

Pasangan ini teruja menantikan kelahiran cahaya mata kembar mereka sekitar September depan.

Menerusi carian di laman web jualan kereta wapcar, harga kenderaan tersebut dianggarkan bernilai lebih RM2juta.

Dalam dunia ini tidak mengira sama ada kita berbuat baik atau jah4t, semuanya akan menjadi buah mulut orang

ALIEFF IRFAN

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

Dalam pada itu, Aliff turut berkongsi perkembangan terkini isterinya, Nurul Nabilah atau mesra disapa Bella yang kini sedang ham1l anak kembar.

“Alhamdulilah, isteri sekarang sedang mengandung tujuh bulan dan insyaAllah sekitar September depan nanti akan bersal.in anak sulung kami. Doakan yang baik-baik dan dipermudah semua urusan.

“Buat masa sekarang kami tidak membuat banyak persiapan, tetapi insyaAllah segalanya akan diselesaikan sebelum Hari Raya Aidiladha nanti,” jelasnya yang masih merahsiakan jantina anak.

Sumber : mStar

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *