“Terbaiklah!..” Berita Baik Buat Puteri Sarah, Ini Perintah Mahk4mah Keatas Ira Kazar

ANAK kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar yang did4kwa menjadi punca kepada keret4kan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana diperintah oleh pihak mahk4mah untuk tidak memuat naik sebarang hantaran di media sosial.

Ira atau nama sebenar Faghirah Fatini Kazaruddin diperintah untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk g4ngguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.

Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, mahk4mah juga mengekalkan perintah interim injuksi kepada Ira Kazar di mana tidak boleh mengganggu Puteri Sarah, sekiranya gagal maka ia dianggap mengh1na keputusan mahk4mah.

Datuk Akberdin mewakili Puteri Sarah.

“Pihak defendan (Ira Kazar) sendiri sudah mengaku dan berjanji tidak akan membantah perintah interim injunksi sehingga mahk4mah buat keputusan di akhir kes.

“Di akhir kes mahk4mah kita akan kemukakan segala kerugian dan ganti rugi untuk pihak mahk4mah memberikan pamp4san,” katanya kepada mStar.

Akberdin yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif ditemui selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahk4mah Sesyen Sivil, Rofiah Mohamad di Kompleks Mahk4mah Kuala Lumpur pada Isnin.

Bagaimanapun dalam prosiding yang berlangsung, Ira selaku defendan dan Puteri Sarah tidak hadir dan mahk4mah kemudian menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya.

Sebelum ini, plaintif telah mendapatkan perintah interim injunksi dan permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu.

Sementara itu, peguam kedua-dua belah pihak belum lagi memberi kata putus untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu… kita bukan arrog4nt (eg0) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan

DATUK AKBERDIN ABDUL KADER

PEGUAM PUTERI SARAH

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu… kita bukan arrog4nt (eg0) jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” kata peguam itu lagi.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

Ira (kanan) didakwa jadi orang ketiga ganggu rumah tangga Puteri Sarah.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan mahk4mah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” kata Ammar.

Menerusi kenyataan Puteri Sarah di mStar, tindakan sam4n ini dibuat di Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana merasakan ia jalan terbaik untuk menyelesaikan semua kemelut selepas empat tahun menyimpan perasaan.

Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu dan Puteri Sarah pernah mengatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya gara-gara gangguan orang ketiga.

Pelakon wanita itu juga mend4kwa individu terbabit melakukan gangguan berkenaan dengan bersembunyi di sebalik puluhan akaun media sosial p4lsu.

KOMEN NETIZEN :

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: Mstar

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *