Did4kwa hubungan bermasalah dengan Fazura, ini komen padu Rizman Ruzaini! “Dahulu kami belum berkahwin dan…”

PEREKA fesyen terkenal, Rizman Ruzaini menjawab des4s-desus kononnya hubungan baik mereka dengan pelakon Fazura kini bermasalah dan tidak lagi seperti dahulu.

Menafikan sebarang persengk3taan berlaku, kata Rizman komitmen kerja membuat mereka sudah jarang meluangkan masa bersama.

“Dahulu kami belum berkahwin dan tidak ada Perintah Kawalan Perger4kan (PKP), jadi memang selalu luangkan masa bersama. Sekarang ini semua sudah berkeluarga dan komitmen kami sangat sibuk dengan kerja.

Rizman (kanan) dan Ruzaini kini lebif fokus kepada keluarga dan perniagaan.

“Memang tiada ada masalah antara kami. Tiada istilah berg4duh. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan kami jarang berjumpa,” katanya kepada mStar.

Rizman dan rakannya Ruzaini ditemui ketika majlis ulang tahun pertama Mono Scarves yang berlangsung di Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Menerusi beberapa portal gosip sebelum ini, netizen mendakwa persahabatan antara Fazura, Rizman dan Ruzaini semakin rengg4ng kerana dilihat meluangkan masa bersama seperti kebiasaan sebelum ini.

Melihatkan perkembangan Fazura yang kini semakin maju dalam perniagaan, kata Rizman dia dan rakannya Ruzaini amat gembira dengan usaha dilakukan pelakon tersebut dan sentiasa mendoakan kejayaannya.

Dalam masa sama, Rizman juga enggan ambil serius dengan komen-komen netizen yang bercakap perkara tidak benar tentang hubungan mereka.

“Fazura kini telah kembangkan sayap sebagai seorang usahawan. Kami gembira melihat kejayaannya dan sentiasa mendoakan dari jauh.

Tiada istilah bergaduh. Cuma kekangan masa sahaja menyebabkan kami jarang berjumpa

RIZMAN

PEREKA FESYEN

“Memang ada yang katakan hubungan kami tidak baik, tetapi saya jarang baca komen dan tidak ambil peduli dengan hal tersebut. Fokus kami sekarang adalah dalam perniagaan,” ujarnya.

Sementara itu bercakap tentang koleksi tudung yang mula dilancarkan sejak tahun lalu, jenama Rizman Ruzaini kini melantik tujuh orang rakan artis sebagai wajah mempromosikan rekaan tersebut.

Mensasarkan nilai jualan RM10 juta setiap bulan, kerjasama dengan nama-nama popular seperti Ziana Zain, Izara Aishah, Amyra Rosli, Aina Abdul, Kilafairy dan Hawa Rizwana adalah satu langkah terbaik untuk mencapai kelompok peminat berbeza.

Antara selebriti yang menjadi wajah Mono Scarves Rizman Ruzaini.

“Kami selesa bekerjasama dengan selebriti kerana mereka memberi impak baik terhadap jenama Rizman Ruzaini. Pemilihan mereka sangat tepat untuk mewakili jenama kami supaya kekal relevan dalam industri fesyen.

“Setiap daripada mereka mempunyai golongan peminat berbeza. Sesuai dengan impian kami untuk memastikan jenama ini sampai diterima setiap golongan,” ujarnya.

Sumber : mStar

About admin blog

Check Also

[VIDEO] “Sanggup dedah aurαt demi netizen..”- Nak Buktikan Tk Hαmil. Sekali Ini Tindαkan Mengejut BCL

Baru-baru ini, selebriti terkenal berasal dari Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari telah menjadi mangsa body shaming kerana …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *