Belum Habis Bahang Mat Kilau, Adi Putra Kongsi 2 Filem Baru Lakonannya

Karya hebat dari pengarah tersohor, Syamsul Yusof menghasilkan filem Mat Kilau adalah satu percaturan tepat. Baru beberapa hari tayangan sudah mendapat jumlah kutipan cukup mengagumkan.

Apatah lagi bila filem itu dilakonkan oleh barisan pengkarya berbakat besar seperti Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin dan ramai lagi. Biar setelah seminggu lebih tayangannya, namun filem ini masih menjadi bualan ramai.

Bahang filem Mat Kilau ini masih ‘hangat’ dan terasa. Biarpun begitu, baru-baru ini Adi Putra telah pun berkongsikan trailer filem terbaharunya yang bakal ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Trailer filem berkenaan berjudul Jerangkung Dalam Almari. Difahamkan filem ini akan menemui penonton di pawagam pada 4 Ogos 2022. Berikut adalah rakaman Adi Putra kongsi filem baru lakonannya yang dimuat naik menerusi akaun TikTok milik pelakon hebat ini:

@adpadiputra Bahang Filem Mat Kilau belum habis lagi, Abg Kilau belanja Official Trailer Filem Jerangkung Dalam Almari tayangan pada 4 Ogos 2022 Terbitan: Akid Productions Sdn BhdDengan kerjasama: NorthStar Prodigy Pictures Sdn BhdPenerbit: Raja Azmi Raja Sulaiman @rajaazmiPenerbit Bersama: Sonia Razak & Faiq Razak#taatpadayangsatu #filemjerangkungdalamalmari #fyp #viral ♬ original sound – Adi Putra

Wow, nampak macam menarik! Apa-apa pun muat naik Adi Putra kongsi filem baru lakonannya ini telah meraih lebih 237 ribu tontonan dan 27 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian ini di ruangan komen seperti berikut:

“Pergh tahun ni saja 3 movie dato adi putra berlakon. Mat Kilau, Jerangkung Dalam Almari dan Air Force..Laku keras”

“Abang Adi Putra ni memang menjadi la lakonan dia”

“Si Mayang tu ada! Mesti best!”

“Banyak rezeki Adi Putra tahun 2022 ni tahniah”

“Mat Kilau, pastu Jerangkung, pastu Air Force, memang murah rezeki abang”

Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HCL

 

About admin blog

Check Also

“Semoga Istiqomah kak Emma.”- Emma Maembong Kongsi Momen Di Mekah, Ramai Yang Titip Doa Agar Emma Tutup Aurat?

Umum mengetahui pelakon, Emma Maembong adalah antara selebriti yang turut menunaikan ibadah Umrah di Tanah Suci Mekah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *