Pelakon, Fattah Amin begitu mendapat perhatian ramai sejak kebelakangan ini apabila kemunculannya dalam filem baru berjudul Mat Kilau yang ditayangkan bermula 23 Jun lalu menjadi ‘buah mulut’ kerana dilihat sangat hebat.
Tanggapan sebelum ini juga berubah terhadap dirinya apabila lakonan Fattah Amin semakin membaik lebih-lebih lagi dalam filem arahan Syamsul Yusof itu.
Selain lakonan, silat Fattah Amin juga hangat diperkatakan oleh penonton filem tersebut dan menjadi perhatian ramai dengan pelbagai pujian diberikan kepadanya.
Namun begitu, pelakon terkenal yang juga merupakan suami kepada selebriti, Fazura ini difahamkan mempunyai latarbelakang silat sejak dibangku sekolah dan lebih mengejutkan, telah menyertai Kejohanan Silat Kebangsaan pada tahun 2010 mewakili Kuala Lumpur.
Fattah Amin bagaimanapun tular sekali lagi apabila video kompilasi silat dirinya dikongsikan lalu mencuri tumpuan ramai di aplikasi TikTok yang membuatkan pelakon yang memegang watak Awang itu dipuji netizen.
@vitsualvlog.tt #fattahamin #Awang #KebangkitanPahlawan #matkilau #matkilauchallenge #Tiktokindonesia #Tiktokmalaysia #Kembarastudio #fypage #fypシ #fypシ゚viral #takeshotandmakeatiktok ♬ Mentera Semerah Padi – M. Nasir
Perkongsian video oleh vitsualvlog.tt tersebut yang memaparkan kompilasi video silat Fattah Amin itu dalam pada masa sama meraih pelbagai reaksi positif netizen dan menerima ribuan tanda suka.
Komen Netizen
“Auto hensem orang bersilat ni”
“Aaa nak tengok lagi, tak leh move on dengan Awang”
Nanti dulu, anda juga pasti tidak ingin ketinggalan untuk membaca kisah-kisah yang disediakan menarik ini di bawah seperti berikut:
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: HCL